Saturday, September 10, 2016

9.9.2016 Allah jaga dia untukku

Assalamualaikum

Seperti biasa postingku tengelam timbul. Sudah beberapa kali aku berjanji untuk mengupdate posting tetapi janji hanya tinggal janji. Hari ini aku hadir lagi setelah sekian lama menyepi. Bukanlah aku tidak rindu berblog lagi tetapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian.

Semalam tanggal 9.9.2016 anakku Hafiz selamat tiba ke Jambi untuk menyambung pengajiannya di sana selama dua tahun dalam kos Usuluddin Tafsir Hadis. Alhamdulillah walaupun jauh beribu batu anak sorang pula. Tetapi  aku redha melepaskannya pergi walau hatiku meraung merinduinya separuh mati.

Pemergian anakku demi menuntut ilmu lambat laun akan kembali semula kepangkuanku. Tetapi pemergian ayah dan ibuku tak kan kembali lagi. Betapa rindunya aku kepada mereka begitulah juga rindunya aku kepada anakku. Betapa peritnya menanggung sakitnya rindu kepada orang yang tiada di depan mata kita. Ku pandang kiri semua kenangan bersamanya menjelma.Subhanallah....

Perit aku rasa seperti aku kehilangan anak walaupun cuma dua tahun pemergiannya. Jauh rasanya dia pergi hilang dari pandangan mataku. Tetapi aku bersyukur kerana dia berminat untuk menyambung pengajiannya di sana.  Sesuatu yang tersangat sukar melepaskan dia pergi.

Ya Allah jaga dia untukku. Walaupun jauh beribu batu doa ibu sentiasa mengiringimu anakku.
Walaupun usiamu genap dua puluh satu tahun tetapi amat manja dengan ibu. Semoga anakku dapat belajar dengan tenang di sana.Selamatlah anakku walau di mana saja kamu berada. Jauhilah anakku dari sebarang kesusahan kesempitan kewangan dan sebagainya. Cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin...

Akhir kalam aku ingin mengucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang sudi mengunjung blogku.
Andai di panjangkan usia bertemu lagi,Inshaa Allah.


0 comments: