andai ini takdirnya utkku

Monday, December 25, 2017

Hobi baruku

Assalamualaikum semua... Agaknya berapa lama dah saya tak update blog. Bila kemalasan melanda begini lah jadi. Okey aku nak habaq loni aku ada hobi baru. Iaitu mengait selain dari berkebun. Sekurang2 kesunyianku terisi dan happy rasanya. Kalau dulu anak ku sentiasa ada di sisi menemaniku. Tetapi kini dia sudah jauh di Kota Jambi menuntut ilmu di negara org. Alhamdulillah aku redha dia pergi walaupun sedih untuk berpisah sementara dgn nya. Ermm jumpa lagi di lain kesempatan.....

Saturday, November 19, 2016

Patahnya sebelah sayap

Assalamualaikum,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Allah hai hendak tulis blog pun dah tak ada idea padahal dalam hati ini banyak benar benda yang hendak di luahkan. Seperti biasa blog bisu ini terus menyepi dek kemalasan tuan empunya diri. Al maklumlah laptop pun dah tak jadi kita punya...asyik berkongsi macama mana lah hendak bercerita. 9 September 2016 Berkisar tentang kisah kehidupanku dan keluargaku. Entah tak tau nak tulis apa..... Hampir dua bulan aku berpisah untuk sementara dengan anakanda tercinta yang melanjutkan pelajarannya di Indonesia kos usuluddin tafsir hadis. Sedih ke tak terpaksa ku redha walaupun hati ini menangis. Sebelum ini sehabis jauhpun hanya di Kelantan. Kini jauh beribu batu jarak antara kita. Selalu kalau ada anakku banyak meringankan kerja ibu.Kini terpaksalah urus sendiri...

Saturday, September 10, 2016

Warkah rindu 2

Selalunya orang yang setia menunggu kepulanganku adalah ibu dan ayahku. Mereka menantiku di anjung rumah d atas tangga. Sesekali telefon berdering bertanya aku di mana, kenapa tak sampai lagi. Sekarang tiada  lagi yang sudi menantiku di anjung rumah di atas tangga, malahan kepulanganku pun tidak di alukan.... Dahulu ketika aku masih kecil bila ibu lambat pulang dari berjualan aku resah menanti kepulangannya. Kini semuanya hanya tinggal sebuah memori yang teramat indah dalam hidupku. Mek ayah tiada sesaatpun orang melupai kalian. Setiap patah butir ayat Al Quran yang keluar dari mulut ...orang hadiahkan untuk mek dan ayah. Rindunya orang hanya ALLAH sahaja yang tahu. Bermula tahun 2014 mek, abg Gee,(anak sulung mek dan ayh) Nora(anak abg gee) dan akhirnya ayahku tercinta. Akhir 2015...

9.9.2016 Allah jaga dia untukku

Assalamualaikum Seperti biasa postingku tengelam timbul. Sudah beberapa kali aku berjanji untuk mengupdate posting tetapi janji hanya tinggal janji. Hari ini aku hadir lagi setelah sekian lama menyepi. Bukanlah aku tidak rindu berblog lagi tetapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Semalam tanggal 9.9.2016 anakku Hafiz selamat tiba ke Jambi untuk menyambung pengajiannya di sana selama dua tahun dalam kos Usuluddin Tafsir Hadis. Alhamdulillah walaupun jauh beribu batu anak sorang pula. Tetapi  aku redha melepaskannya pergi walau hatiku meraung merinduinya separuh mati. Pemergian anakku demi menuntut ilmu lambat laun akan kembali semula kepangkuanku. Tetapi pemergian ayah dan ibuku tak kan kembali lagi. Betapa rindunya aku kepada mereka begitulah juga rindunya...

Sunday, February 21, 2016

Warkah rindu 1

Assalamualaikum Alhamdulillah kini ku kembali lagi biarpun agak slow sekarang ini oleh kerana kesibukan yang aku ciptakan sendiri. Rutin harian aku sengaja menyibukkan diri dengan menghadiri kelas pengajian dan kuliah2 dan usrah demi untuk menimba ilmu ugama yang begitu ceteknya. Alhamdulillah terhibur dengan pengisian yang di sampaikan ustaz dan ustazah. Semoga aku terus beristiqamah sehingga ke nafasku yang terakhir InshaaAllah. Selain dari itu sekarang ini aku mempunyai hobi baru iaitu berkebun dan menjaga seekor anak kucing yang kematian tuannya,kasihannya dia. Kalian pernah denganr tak bunga pukul sepuluh yang di beri nama baru iaitu ros jepun atau rj? Zaman aku kecil2 dulu hanya tahu bunga pukul sepuluh. Bila sebut tenang hobi  terkenangkan ibuku tercinta. Ibuku {yang kupanggilnya...

Sunday, January 10, 2016

Sesekali rindu datang menerpa...

Bismillahirahmanirahim  Assalamualaikum  Blogku yang usang seusangnya. Kali terakhir blog ini di update pada bulan marc 2015. Terlalu lama aku menyepi menghilangkan diri untuk seketika dari dunia blog. Tapi hari ini mungkin juga dengan azam baru ku mulakan semula penceritaanku yang penuh suka duka. Awal tahun 2006 aku mula berblog semula,  Semoga  aku terus istiqomah. Aku terlalu rindu hendak berblog seperti dulu. Sibuk dengan wassap telegram istagram dan macam2 lagi hinggakan aku lupa yang aku ada blog. Alhamdulillah setelah dua tahun pemergian ibuku tercinta dan setahun pemergian ayahku. Aku teruskan sisa2 hidup ini tanpa mereka. Aku terlalu rindu kan mereka senyuman tawa mereka. Kenangan bersama mereka tetap tak akan terpadam sampai bila. Kalau nak cakap rindu memanglah...