Saturday, April 18, 2009

Nilai nyawa seekor anak kucing



~ni anak-anak kucing di rumah mek Kak Awwa di kampung~

Sudah lama ku dengar suara anak kucing menangis tidak henti-henti, seperti meminta pertolongan atau di kurung tanpa di beri makanan. Sungguh hiba mendengarnya walaupun ianya kekadang sayup dan nyaring.

Ku tanya suamiku, bang itu suara anak kucing ke anak musang? sebab kekadang bunyinya begitu lain sekali( mungkin terlalu lemah). Suamiku kata agaknya pemilik kucing tak bagi makan kot, sebabnya sudah tiga hari suara itu merintih merayu seolah meminta pertolongan.


lubang sedalam berapa meter entahlah....

Kak Awwa tahu itu anak kucing jiran Kak Awwa yang berbangsa Cina yang tidak pernah bertegur sapa melainkan Kak Awwa bertanya khabar pembantu rumahnya sahaja. Sedangkan tuan empunya tidak pernah ku sapa, bukan kerana tidak berniat untuk menyapa tetapi tahu sajalah di sini, pagi sudah keluar kerja, bila pulang pulak berkurung dalam rumah. Sebab itulah Kak Awwa katakan kejiranan di sini amat kritikal, baik bangsa Cina dan seorang jiran Melayu yang sama kuaters dengan Kak Awwa. Bukan hendak menyalah...tetapi selama empat tahun di sini memang tidak ada jiran. Apa lagi rumah di kelilingi orang bukan seagama denganku. Tetapi biarpun bukan sebangsa atau seagama tidak semestinya tidak boleh bertegur sapa. Begitulah kehidupan di bandar besar ini, pandai-pandailah bawa diri. Tetapi tak boleh nak kata juga sebab di sini masing-masing pagi keluar bekerja, pulang berkurung dalam rumah seperti Kak Awwa juga biarpun sebagai suri rumah. Hari minggu pulang ke kampung, macam mana nak kenal. Adalah satu seorang aunty tu Kak Awwa selalu tegur.



bertungkus lumus menyelamatkan kucing dari lubang tu

Mungkin gerak geri Allah s.w.t pagi semalam Kak Awwa mengajak suami ke belakang rumah untuk mengambil buah jambu batu. Selalunya bersama Hafiz, dah Hafiz tak ada di rumah dengan suamilah. Suara anak kucing masih lagi tergiang-giang di telinga, semakin dekat dan dekat. Lalu Kak Awwa cari dalam rumpun bunga di tepi pagar, di bawah rimbunan pokok ubi pun tiada. Suara itu semakin dekat dengan Kak Awwa sehinggalah Kak Awwa terpandang satu lubang air, rupanya suara itu datangnya dari lubang air yang agak besar dan dalam berhampiran dengan pagar rumah Kak Awwa yang menyalurkan air hujan ke longkang besar di bawah sana(penutup lubang air tu di buka oleh orang yang mesin rumput di rumah Kak Awwa, tidak di letak kembali dan kami cuma perasan ada batu yang menutup lubang air tu). Ya Allah kesianya ingatkan suara itu datangnya dari mana, rupanya dari rumahku sendiri. Memanglah anak kucing tu selalu bermain di kawasan rumah Kak Awwa.

Kak Awwa panggil pembantu Indonesia rumah jiran, dia beritahu sudah tiga hari kucing tu tak ada, cuma dengar suaranya sahaja. Kak Awwa memang emo sebab rasa kesian yang amat sangat. Kalau dah tahu tiga hari tak kan tak buat apa-apa kot, datang cari atau panggilah sesiapa minta bantuan. Memang rasa geram sangat sebab depa lepas tangan begitu sahaja, kucing hilang ke apa ke tak cari malahan dia tanya Kak Awwa nak kucing tak? Ramai lagi kat rumah ni ada empat ekor lagi. Apa punya manusia macam ni bukannya kesian anak kucing dia dalam lubang, datang menjengukpun tidak. Tuan rumahnya apa lagilah tak menjenguk muka. Kucingnya bulu memang cantik sebab jenis keturunan kucing luar. Bila kita besuara lagi kuat kucing itu mengeow/menangis.



Tanpa buang masa suami Kak Awwa telefon Pertahanan Awam dan tempat penjagaan binatang SPCA. Bertungkus lumus jugak nak keluarkan anak kucing tu dari dalam sana, ( ambil masa selama 10 minit, kerana mereka memang pakar dalam bab-bab macam ni). Biarpun hanya seekor anak kucing kecil tetapi hargailah, kerana itu melibatkan nyawa dan makhluk itupun mahu hidup seperti kita juga. Yang membuatkan Kak Awwa geram pembantu rumah tu sekali lagi menawarkan kucing kepada unit pertahanan awam. Depa kata kami bukan hendak kucing, kami cuma menyelamat sahaja, sebab kucingpun nak hidup jugak. Kata suami Kak Awwa nah ambik kucing awak ni, dia tak mahu. Nasib baiklah ada SPCA kalau tidak tak tahulah dengan nasib kucing tu. Kak Awwa bukan tak nak bela kucing, tetapi alahan dengan bulu. Lagipun Kak Awwa fikir kalau bela binatang ni susah kalau bukan di kampung. Kalau kita balik kampung siapa nak bagi dia makan. Dari menyeksa binatang tu baik tak payah bela. Tetapi Kak Awwa akan beri makan kepada kucing-kucing terbiar di kawasan rumah Kak Awwa. Ada dua tiga ekor nak suruh orang SPCA ambil tetapi kucing tu tak mudah di dekati, garang seperti harimau. Maklumlah kucing tak bertuan garangnya semacam saja bila di dekati. Tulah kisah anak kucing......nasib baik sudah dua tiga hari tidak hujan, kalau tidak apalah nasib anak kucing tu. Pasti ianya akan mati kerana kesejukan, kelaparan dan di hanyutkan arus deras. Allah masih sayangkan dia, tiga hari bertahan di dalam lubang air, panjang umurnya. Bila di angkat sudah lemah, Kak Awwa bagi minum air dan sedikit nasi di terkam nasi kerana terlalu lapar. Memang semalam Kak Awwa dan suami tak menjamah nasi sehari kerana terkenangkan anak kucing. Bulunya yang cantik basah kuyup bila di bersihkan. badannya menggigil kesejukan. Sungguh kasihan.

5 comments:

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

semoga usaha awwa dan suami mendapat tempat di sisi Allah swt, ameen.

semoga usaha awwa dan suami mendapat tempat di sisi Allah swt, ameen.

Yasmin...atas rasa tanggungjawab biarpun makhluk itu hanyalah seekor anak kucing yang kecil lagi lemah....