andai ini takdirnya utkku

Wednesday, February 25, 2009

dua kali aku terkena

Besarlah harapanku untuk melihat anakku Hafiz belajar di sekolah tahfiz. Sekurang-kurangnya kalau Kak Awwa tak berpeluang tetapi anakku masih ada peluang. Bukan tidak boleh menghafal Quran di rumah. Tetapi kalau di rumah banyak benda yang melalaikan. TV, komputer dan sebagainya. Kalau kita sebagai orang dewasa memang boleh elak semua itu. Tetapi kalau budak-budak tak payah nak cakaplah.

Memang sudah di takdirkan. Awal tahun 2008 dia kami hantar ke Maahad Tahfiz Darul Furqan Kampung Padang Balang Sentul. Di sana belajarnya bagus. Hafiz kalau balik ber cuti dia akan duduk senyap-senyap menghafal apa yang ustaz suruh, solat awal waktu. TV tak tengok langsung sebab kata ustaznya susah untuk menghafal. Bukan setakat menghafal sahaja mata pelajaran lainpun ada.

Tetapi agak malangnya selepas tiga bulan dia di sana, dia terkena kudis buta yang teruk. Dan batuknya pun berulang kembali. Keadaan tempatnya pulak agak tak bersih. Dia berjangkit dengan budak-budak di sana. Biarpun nama saja sekolah tahfiz tetapi mencuri wang, pakaian, makanan dan sebagainya ada juga berlaku di sekolah itu. Kalau ustaz tahu pasti kena denda kesemuanya. Pernah Kak Awwa melihat bekas rotan di tangan Hafiz tiga hari tak hilang. Ini gara-gara ada yang mencuri tetapi semuanya tidak mengaku. Kesemuanya kena rotan , memang sungguh tak adil.

Setelah berubat sana sini, duit habis tak usah kiralah, pergi swasta, tradisional ke hospital kerajaan semuanya tidak memberi kesan. Memang kasihan melihat dia yang tergaru-garu saban malam dan hari. Doktor kata akibat tempat, air dan sebagainya tidak bersih itulah puncanya merebaknya penyakit itu. Kalau dah terkena seorang habis berjangkit. Nasib baiklah Kak Awwa dan suami tidak di jangkiti penyakit itu. Tetapi alhamdulillah dia sembuh biarpun parutnya masih ada di kaki setelah puas berubat sana sini. Mungkin juga berkat solat hajat dan mandi dan minum air yassin.

Setelah keluar dari Kampung Balang, Cari pulak sekolah tahfiz lain. Sekolah manalah pula nak hantar Hafiz ni. Terbaca iklan di dalam surat khabar harakah, lalu tergerak hati untuk mencuba tahfiz sistem Turki. Bayaran RM 350 sebulan. Yuran tahunan Rm 900. Tinggal di sebuah kondo yang bolehlah tahan bagi kami yang tidak pernah merasa tinggal di kondo ni. Tetapi rasanya kalau pekerja asing menyewa sepuluh orangpun masih mampu tinggal di situ. Sekolah yang di beri nama Madrasah As Solihin yang beralamat di

111, Brunsfield Riverview,
Jalan 13/42, 40100 Shah Alam, Selangor

Sekolah ini juga mengadakan biz umrah dan upah haji ni blognya http://assolihin2008.blogspot.com/

Setelah mendaftar kemasukan Hafiz, lalu Hafiz di beri jadual yang cukup lengkap. Amat mengembirakan kami kerana berbaloi dengan bayarannya Rm 350 sebulan. Ada akademik, feqah, tauhid dan cukup lengkap.( Sebagai ibu bapa berhabis wang ringgitpun tak apa demi anak) Nak hantar ke Al-Huffaz Consulting Sdn Bhd pun mahal sangat Rm 600 sebulan . Di madrasah As Solihin tak ramai pelajar. Senang cerita ustazah boleh menumpukan perhatian kepada pelajar. Tidak seperti di Kampung Padang Balang ramai ,tak kira siapa asalkan mahu belajar. Penyamunpun ada di sana hehehe. Yang menjadi mangsa orang seperti Hafiz dan beberapa rakannya, Di buli membersih bilikpun dia. Tetapi bila ustaz datang untuk periksa bilik bersih ke tak, cepat-cepat pelajar senior mengambil penyapu ke apa dari tangan Hafiz dan kawan-kawan yang lain buat-buat sapu lantai . Konon dialah yang buat semua ini. Pernah beberapa kali wang Hafiz di ambil dari almari. Sesetengah mereka ini pandai membuka mangga almari dengan menggunakan dawai.


Menurut kata ustazah yang merupakan pengetua di As Solihin. Mata pelajaran Matematik dan Sains Adi Putra yang mengajarnya. Wah ini bagus, maklumlah ada Adi Putra kanak-kanak genius . Pada awalnya semunya okey. Tetapi setelah ustazah A berkhawin dan berhenti( mungkin pergi belajar di luar negara kot, sebab Hafiz pernah bercerita ustazah A nak ke luar negara). (Manakala Adi Putrapun tak lama belajar tahfiz di situ. Mungkin dia dapat merasakan ada yang tak kena. Lagipun dia dah pandai senang cerita nama lagi kanak-kanak genius). Semuanya berubah...datang ustazah budak. Kalut, sibuk dengan biz dan dan dan saya sertakan komen dari salah seorang bapa pelajar. Saya harap saudara ini tidak marah kerana komennya saya sertakan di sini.


Komen bapa salah seorang pelajar di As Solihin:

awal tahun 09 saya daftar sekolah untuk anak saya di sekolah tahfiz di Shah Alam, sebenarnya saya tak tau langsung macam mana keadaan dan cara pembelajara di sekolah tahfiz, nampak dari luar dan suasana bangunan sekolah nampk teratur, disamping tu owner sekolah tahfiz ni menjalankan biz umrah n travel, mase pendaftaran dia bagi la sumer jadual2 pembelajaran...dan bile anak saya masuk kelas proses pembelajaran tak ikut jadual langsung..ikut kate anak saya dan pengakuan ustzah yg mengajar mmg ustazah ni x de mase untuk mengajar tahfiz tetapi lebih sibuk menguruskan kerja2 travel tu...macam mne tu....tp alhamdulillah saya wat kajian ke sekolah2 tahfiz di sekitar Shah Alam...setelah dibuat perbandingan..sekolah ni paling teruk dan saya dah keluarkan dr sekolah tahfiz nih..


Komen 2:

Ape yang berlaku pada anda berlaku pada saya juga, pengetua sekolah ini juga boleh dikatakan sombong...dan hanya memperdagangkan agama..dan tidak mahu langsung mengakui kelemahan pentadbiran sekolah ini, sebaliknyer mengatakan apa yag berlaku adalah kesilapan ibubapa sendiri dan menyalahkan takdir semata2 atas kekurangan disekolah ini. saya masih terkilan dengan sekolah ini kerana masih ade murid murid yang masih disekolah ini, yang mana mungkin ibubapa mengharapkan anak2 mendapat pelajaran yang sempurna tetapi tidak mendapat apa2 pun dari sekolah ini, & tidak tahu ape yang berlaku di sekolah ini ,sekolah ini hanya menyediakan seorang pengajar yang juga menjalankan kerja2 travel ... masalah bayaran RM 900 ni memang sama ape yang berlaku pada kami, sekolah ni memang x nak pulangkan semula duit ini walaupun hadir skolah x sampai 2 bln pun..dulu mse pendaftaran pihk sekolah kate ini adelah byrn utk aktvt riadah, jdi dlm mse 2 bln tu mmg xde aktvt ape pun, jdi rsenyer berhak dipulangkan semula ..tp mse nk keluarkan ank pengetua kata itu adalah bayaran yuran tahunan, jdi dia x nak pulangkan......pengetua ni pun mmg x nak jmpe kami, dia hanya arahkan kami berhubung dengan pekerjanye shj...mmg sombonggg...
akhirnyer..kami carilah sekolah tahfiz disekitar s alam juga...dan kami dpti sekolah tahfiz lain tidak mengenakan yuran tahunan dan yuran bulanan semurah 200 shj...dan yg penting sekali sekolah..menyediakan tenaga pengajar yg mencukupi dan mengajar subjek agama lain...mcmne ye nk bgtau ibubapa murid2 sekolah ini keadaan sebenar sekolah ini?..rasa kesian pun ada pda budak2 nih...


Kak Awwa sedih membaca komen dari bapa pelajar yang mungkin Hafizpun kenal siapa anak dia ni. Apa yang terjadi pada dia memang dah terjadi kepada Kak Awwa, cuma bezanya anak dia hanya dua bulan belajar sedangkan Hafiz enam bulan. Ustazah A keluar dari As Solihin pada bulan Dis. Bermula era 2009 ini lah semuanya bermula. Menurut kata Hafiz ustazah A mengajar bagus,tetapi sayangnya dia keluar atau berhenti mungkin ada komitmen lain yang tidak kami ketahui.


Setiap kali Hafiz pulang ke rumah Kak Awwa suruh dia mengaji dan menghafal apa yang dia ingat. Rupanya semuanya mengecewakan. Tajwid masih lagi lintang pukang. Bila fikir-fikir aku mengajar sendiripun ok. Tetapi dah ada sekolah tahfiz nak hantarlah. Lagipun Hafizpun satu kalau emak bapak nak ajar sendiri, marah sikit merajuk. Tak nak mengaji menangis. Padahal insya Allah Kak Awwa dah belajar teknik hafazan ni biarpun tidak pernah belajar sekolah tahfiz. Dulu suami Kak Awwa pergi kursus dengan ustaz apa lupa nama dia. Cuma ada buku-buku sahaja tetapi surat menyuratnya sudah hilang. Bila suruh Hafiz ikut sistem tu tak mahu ikut, konon nak sistem Turki. Setelah Kak Awwa ikut cara ustaz tu senang dan cepat ingat.

Memang mengecewakan. Mungkin juga Allah tergerak hati pada 7. Februari 2009 ayahnya pergi mengambil Hafiz di situ. Nak jumpa puan pengarah dia tak mahu.... cuma bercakap melalui telefon sahaja.

Dia kata kena bayar juga yuran untuk bulan Februari sebab belum bayar lagi masa tu. Suami Kak Awwa kata kan sudah ada Rm 900, lagipun tak cukup setahunpun Hafiz belajar kat situ, bulan februari cuma enam hari saja duk kat situ...takkan tak BOLEH LANGSUNG guna BUDI BICARA anda? Naik angin hahaha memang hanginpun. Sebabnya dia jugak angin seluruh badan...angilan sebab semuanya kerana DUIT DUIT DUIT.

Puan pengarah tu kata."Kalau anak anda duk seharipun bulan Februari kena bayar RM 350 jugak. Kalau tak nak kena bayar keluar 31 Januari tu" sombongnya dia. Kenapa tak cakap awal-awal dan bagi surat kat ibu bapa tentang peraturan sekolah kat situ.

Inilah di antara tanda akhir-akhir zaman manusia memperdagangkan agama demi wang ringgit. Kerana duit tak kiralah yang bertudung labuh( aku tak kata semua macam tu) sampai ke lututpun sanggup buat apa saja.


Yang paling Kak Awwa sakit hati dia tanya untuk bulan Disember bayar ke belum? Padahal Kak Awwa sudah bayar, dan sudah maklumkan kepada ustazah budak. Dia tidak percaya nak tunjukkan bukti. Nah aku memang ada bukti dari A hingga Z. Ingat kami ni tak bayar ke? Habis tiap-tiap bulan duit yang duk masuk di dalam akaun As Solihin tu apa?Sedangkan ketika Ustazah A menjadi pengetua perkara macam ni tak pernah timbul. Misal kata hari ini kami masukkan wang dalam akaun tu,kami akan maklumkan kepada Ustazah A. Ustazah A akan bagi resit. dan mungkin jugak dia ada catat dalam buku. Nampak sangat yang puan pengarah ni terlalu sibuk hinggakan budak-budak di biar di bawah jagaan ustazah budak yang belum tentu pelajar tahfiz. Kak Awwa tak kisahlah ustazah budak ni nak bawak pelajar-pelajar bermain bowling ke nak pergi ke Sunway ke apa ke. Tetapi tolonglah cari seorang guru yang benar-benar layak mengajar. Pernah Hafiz kata ustazah budak ni tak kisah budak nak baca ke tak ke...erm patutlah macam tu rupanya. Tahfiz apa ke bondonya lagu tu jang ooii ngabihkan boreh aje.

Lebih memeranjatkan lagi bila suamiku tunjuk jadual waktu belajar ke ustazah budak dia tak berkata apa-apa mungkin takut bila melihat suamiku tinggi suara bercakap dengan pengarah tu. Kak Awwa kata kenapa perlu tinggi kan suara, cakaplah baik-baik. Suami Kak Awwa kata dia yang mula dulu hilang sabarlah pula..

Kak Awwa berdoa semoga Kak Nurul( emak kawan Hafiz) sudah mengeluarkan anaknya dari sekolah itu. Yang mana nampaknya anak dia suka tinggal di situ. Bukan saja anak dia, Hafizpun suka tinggal kat situ, yalah tempat enjoy, pergi sauna, giant,tesco dan kalau nak ikutkan rambutpun dia sudah tak mahu potong kerana nak berfesyen( sekarang dah pendek). Kat sana rambut panjangpun tak mengapa, nak buat macam mana dah takde siapa yang kisah kepada pelajar-pelajar janji tiap-tiap bulan masyuk.


7 Februari 2009

Keluar Hafiz dari As Solihin. Banyak kain baju yang masih baru tertinggal kat sana. Nak pergi ambilpun memang dah tak mahu tengok dah tempat tu lagi. Masa nak keluar dari sekolah tu muka Hafiz masam mencuka almaklumlah siapa tak sayang nak tinggal tempat mewah macam tu. Apatah lagi nak tinggal kawan-kawan yang sudah kenal lama.

Makanya bermulalah pulak alkisahnya telefon sana sini nak mencari sekolah agama rakyat ke apa ke ikutlah asalkan belajar. Setelah di buat solat istikharah kami membuat keputusan menghantarnya belajar Kota Bharu Kelantan.Hendak hantar ke Darul Annuar tak cukup syarat. Sekolah ini bukan sekadar Tahfiz tetapi cukup lengkap dengan mata pelajaran lain. Bayarannya pun murah kalau nak di bandingkan dengan Kuala Lumpur dan Selangor ni.

!4. Februari 2009

Ke Kl Sentral untuk ke Kelantan. Tak sangka pulak Hafiz bertemu dengan kawannya Taufiq, yang sama-sama belajar di As Solihin. Memang mereka nampak akrab tetapi sayangnya di sekolah itu rupanya tidak di ajar cara-cara menghormati orang yang lebih dewasa. Contoh saja budak ini, dia hanya datang bertemu Hafiz sedangkan emak Hafiz ada di atas kerusi roda. Bukan nak suruh bersalam tetapi cukuplah menyapa. Bila Kak Awwa buat perbandingan, kalaulah anak-anak buah dan anak-anak murid yang Kak Awwa mengajar mengaji dulu, alangkah baiknya mereka dengan orang yang lebih dewasa. Bertanya khabar dan sebagainya..........( apa ayat-ayat terbelit-belit aku tulis ni).

Sampai di Kota Bharu suami menyewa rumah rehat......di sana. Dua hari duk sana, hari isnin hantar Hafiz, sedih sayu tetapi apa nak buat. Semuanya demi dia yang aku sayang. Bermulalah sebuah episod dalam hidup kami. Semoga Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah setelah seminggu lebih Hafiz di sana dia memang seronok dan lebih selesa. Harapnya biarlah panas sampai ke petang. Kalau nak di ikutkan bercerita terlalu panjang..........


Kak Awwa hendak berpesan kepada orang-orang di luar sana kalau nak hantar anak ke sekolah tahfiz ni tengok-tengoklah sikit, selidiklah betul-betul. Jangan jadi seperti Kak Awwa dua kali terkena. Yang pertama belajar dah okey tetapi naik kudis buta pulak. Yang kedua pulak tempat tinggal okey makan pakai semuanya orang urus..waima bajupun bibik yang cuci. Tetapi rupanya tinggal di tempat mewah macam ni lah pulak jadinya. Orang mengasuh anakku yang sudah besar, sedangkan aku sebagai ibu bapa mengharap dia belajar dengan baik di sana.


Nasihatku kepada sekolah ini. Cubalah perbaiki kelemahan yang ada kalau nak sekolah itu kekal lama. Jangan hanya mengaut ketuntungan semata-mata. Muhasabahlah diri, hidup di atas dunia ini tak kekal lama, jangan menganiaya orang kerana satu hari nanti orang akan menganiaya kita pulak.



Kita masuk bab mula-mula Hafiz nak belajar sekolah menengah...

Bukan tak mahu hantar Hafiz ke sekolah Sultan Abdul Samad. Tetapi dek kesukaran untuk bersolat jumaat. Sekolah ini kalau hari jumaat balik jam 12.00 tengahari. Nak pergi solat jumaat nak naik apa kat Section 14? jalan kaki? Apa sebagai ibu Kak Awwa tak terfikir keselamatan anak di luar sana bersendirian berjalan kaki ke section 14? Kalau ada kawan Kak Awwa tak kisah nak jalan kakipun. Tetapi masalahnya kami tak ada kawan,tak ada jiran. Kalau adapun buat hal masing-masing. Yalah dah tinggal lagi di kawasan macam ni. Sekeliling rumah jiran, Cina, India dan Singh. Melayu cuma tiga buah rumah saja kawasan ku ini, rumah quaters. Manakala di tempat lain pun ada, cuma quaters kami tinggal ni agak berterabur. Ada kat Seven7 dan rata-rata ada kat PJ ni.

Kak Awwa malas nak bercerita tentang jiran, memang menyedihkan sepanjang empat tahun kami di sini. Mungkin juga mereka baik kalau Kak Awwa ke rumah mereka, tetapi mereka mungkin tahu bagaimana keadaan Kak Awwa biarlah. Tetapi mereka tidak tergerak hati untuk ke rumah Kak Awwa walaupun kalau mereka berjalan tak sampai dua puluh langkah.

Mungkin ramai yang mempertingkaikan alasan tentang solat jumaat. Tetapi itu ikut suka hati hangpalah. Memang itu masalah Kak Awwa, mungkin juga ada yang tak kisah anak nak pergi ke tak ke, solat jumaat. Jangankan solat jumaat, solat lima waktupun kekadang ada ibu bapa yang tak peduli anak nak solat ke tak. Pernah Kak Awwa terbaca dalam Metro bila di selidiki ramai pelajar yang tak solat, malah yang sedihnya mengucap kalimah syahadahpun tak tahu. Masya Allah kasihannya kat budak-budak ini. Dengan alasan mak ayah diorangpun tak solat(bukan Kak Awwa kata semua). Itupun kalau korang rajin membaca Metrolah.

Masa ayah Kak Awwa datang ke sini , kebetulan Hafiz bercuti. Hafiz terpaksa pergi ke Masjid Bulan jam 11.00 pagi kerana kalau pergi lambat takut jem. Nak berjalan kaki ayah hdah tak kuat.( Ada keretapun belum ambil lesen inilah masalahnya. Udahlah gitu rosak lagi alahai nasib...nasib). Pernah Hafiz dengan ayah dia nak pergi solat jumaat keluar jam 12.30. Nampaknya hari itu terlepas solat jumaat. Teksi dah tak mahu pergi kerana jalan jem. Mungkin jugak sudah takdir Hafiz dia belajar di sekolah agama/tahfiz. Apa yang berlaku ada hikmahnya, mungkin Allah nak beri yang terbaik untuk kami.


Kak Awwa tak sanggup membiarkan dia meninggalkan solat jumaat hanya kerana mengejar dunia yang sementara ini. Hidup kita biarlah seimbang, dunia dan akhirat pun kita mahu, tetapi kalau boleh biarlah akhirat dapat lebih. Kak Awwa selalu berdoa semoga dia menjadi remaja yang berakhlak baik. Apa lagi dia sajalah satu-satunya zuriat yang Kak Awwa ada. Kak Awwa sedih melihat anak remaja sekarang macam-macam hal berlaku.

Kak Awwa tidak sesekali hendak mengaibkan sesiapa tetapi cukuplah dua kali aku terkena. Kak Awwa tak mahu orang lain terkena lagi. Ini hanyalah pengelaman yang tak mungkin di lupakan. Bukan senang nak jaga anak ni. Macam-macam yang harus di tempuh memerlukan banyak kesabaran, pergorbanan dan air mata. Bukan menyalahkan takdir , tidak sama sekali. Tetapi bercerita dari pengelaman.

Ini lagu nasyid khas untuk As Solihin...Insaflah...

suruhan larangan telah Dia sampaikan
jangan pilih haluan di murka
kelak rebah diri
duka menangisi
tanpa belas kasih
disiksa saban waktu
apa yang kau tahu



Rabbani - Apa Yang Kau Tahu

Bacalah..sebutlah dengan nama
tuhan yang menciptakan
segala kejadian didunia

bacalah ..tulislah dengan pena
wahyu yang diutuskan
risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
tulus suci mengisi ruang hati
bagai dalam dingin
rindu berdakapan
dengan kata syahdu
kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah..lihatlah dengan mata
selami sanubari
putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati
bisikan penuh mimpi
melamar kelalaian tidak henti

suruhan larangan telah dia sampaikan
jangan pilih haluan di murka
kelak rebah diri
duka menangisi
tanpa belas kasih
disiksa saban waktu
apa yang kau tahu

gua hira menggamit kisah silam
satu peristiwa nabi bersendiri
iqra` diturunkan muhammad ditabalkan
tersuratlah sudah kalam dari tuhan

sekian kalinya detik waktu berlalu
apa terus berbakti untuk dia
membalasi kasih
syukur dengan nikmat
amal yang bertambah
hikmahnya kan ketemu
apa yang kau tahu


p/s wah ayatku kali ini garang, ganti namapun ada ber"aku"lah pulak, tak sedar masa menulis jadi cam ni hihihi. Senyum biarpun hati terluka. Insya Allah sedang merawat luka. Ya Allah Engkau permudahkan segala urusan kami. Berilah kami kekuatan untuk menghadapi segala dugaan.

Kepada puan pengarah saya tak kira anda pensyarah ke siapa ke tetapi tindakan anda adalah salah. Kalau anda rasa tak mampu nak buat sekolah tahfiz cukuplah buat biz upah haji dan umrah sahaja. Kalau dah macam ni tak hairanlah pelajar yang ada cuma empat orang. Tak payahlah lagi hendak iklankan dalam harakah. Sebab bila iklan dalam harakah orang fikir itu betul kerana itulah satu-satunya akhbar yang boleh di percayai. Jadinya tolonglah hentikan kalau begini caranya. Saya rasalah Adipun belajar kat situ tak lama sebab dia boleh melihat dengan matahati orang ikhlas ke tidak. Pklah sendiri.

20 comments:

Thx K.awwa, pengalaman ini sangat berguna. Apatah lagi saya mmg teringin sgt untuk hantar anak ke tahfiz... semoga hafix menjadi anak yg soleh dan menghargai ibubapanya..

Semoga Allah memberkati akak atas kesabaran yang berlaku. Dan sy berdoa hafiz akan menjadi anak yg soleh... inshaAllah

Terima kasih kak Awwa atas perkongsian.... Semoga hafiz menjadi antara huffaz yg cemerlang...

Terima kasih kak Awwa atas perkongsian.... Semoga hafiz menjadi antara huffaz yg cemerlang...

Salam. Apa khabar k.awwa? ;-) Sy baru baca kisah ini. Mmg perit kehidupan ini. Utk menjadi yg trbalik seorg diri xmampu tanpa bantuan org lain. Rindu pd anak2 murid. Mudah-Han hafiz menjadi ank yg soleh. Kirim Salam pd hafiz.

Assalam kak awwa.. Sy kini juga mengalami kesukaran menghantar ank ke tahfiz.. Y pertama kali hampir sama seperti darul hufaz.. Cumanya xde kene kudis tp brg habis semua hilang n ank dibuli lg.. Now masih mencari lagi.. Ank da sebulan x ke sekolah.. Allah sedihnya hati.. Ank exited sgt nak belajar.. Nak hantar jauh, ank sy 7 tahun.. Mg betol byk y memperdagangkn agama demi mengaut keuntungan

Salam Pn. Fatin najhie, ank saya pn 7 tahun sy plan nk htr ank sy tahfiz alghazaly sg.udang...puan dah jumpa ke pusat tahfiz yang puan nak htr ank puan?

As salam puan.. puan hantar darul hufaz kat mana yer.

Salam akak ;) saya bekas student Assolihin , boleh saya nak lihat fiti muka Hafiz ? Saya nak cam sama ada kami sempat kenal atau belum . Saya sempat dengan ustazah budak , dia bawa kami main bowling di sunway . Komen bapa bapa diatas juga sama dengan komen bapa saya ;)

assalamualaikum semua... sy mencari part time mngjar al-quran di rumah..hnya di kwsan kota bharu..berminat blh la cntct sy 017-9646774(halim)..sekian..

#kalu blh share,share lah..sama2 cari saham akhirat..aminnnn..

Asslam Kaw Awwa,

Saya sofiah dari cheras sedang mencari2 maahad tahfiz yg sesuai untuk anak saya zarul iman. Di mana hafiz belajar sekarang..yg di kelantan tu ke...

Maaf saya tak dpat nak baca sangat tulisan kak awwa sebab saya curi2 baca masa kerja...

Terima kasih

Assalam, Sedih baca catatan Kak Awwa,ibu pelajar sekolah tahfiz. Sebagai jwtnkuasa maahad tahfiz di shah alam, saya ambil iktibar dan pengajaran yang baik. Doakan moga ia tidak terjadi di Maahad Tahfiz lain.
Perlu ada kerjasama dari semua pihak. Perjumpaan ibubapa paling minima setahun sekali dan setiap kali pelajar balik kita boleh dapatkan info asrama dan pelajar. Sekolah Maahad secara umumnya mengajar al AQuran, akhlak dan adab. Akhlak secara praktikalnya diserapkan kepada pelajar, amalan secara berterusan akan menjadi kebiasaan. Ia mengambil masa sekurang2nya 3 tahun untuk betul2 kita lihat pelajar Al Quran mengamalkan apa yang dipelajarinya.
Wallahu’alam.

Tahniah puan saya doakan moga Hafiz puan dapat menjadi anak yang soleh..saya juga mempunyai anak lelaki bernama Hafiz tetapi pergi menyahut seruan Illahi seawal usia 3 bulan..hajat saya untuk menjadikannya seorang tahfiz tidak kesampaian tetapi saya bersyukur kerana diberi peluang mengandung dan melahirkan anak syurga ini...

Assalamualaikum mohon maaf sudah lama blog ini tidak ku lihat..rupanya ada beberapa komen tentang sekolahtahfizmaaf saya pohon bukan maksd utk memburuk ke apa ke ttp dari pengelaman sendiri.


kini semuanya sudah berlalu..segala suka duka sudah terbalas..mungkin itulah hikmahnya di setiap kesusahan. Alhamdulillah hafiz sekarang sudahpun berjaya menamatkan pengajiannya alhamdulillah. Terima kasih semua

Tahniah Hafiz.Akhirnya di mana Hafiz menamatkan pengajian.

This comment has been removed by the author.

Salam kak awwa, pengalamn sy juga, x jauh beza dgn ank2 lain yg beljar ke tahfiz. Sedih mndengar, kdg kala kita x tahu nk buat pilihn mna yg trbaik.

Salam kak awwa, pengalamn sy juga, x jauh beza dgn ank2 lain yg beljar ke tahfiz. Sedih mndengar, kdg kala kita x tahu nk buat pilihn mna yg trbaik.

Salam K awwa,
Boleh saya tau kat mana sekolah tahfiz yang k wa hantar Hafiz? Saya pun tengah cari tahfiz yang sesuai. Sekarang anak saya berada di Maahad tp tak ssesuai & dia minta saya tukarkan sekolah. So Kak Awwa blh hubungi saya di 0129819873. Tq kak

Salam..... dah berapa tahun anak saya disini alhamdulilah takda masalah apa-apa