andai ini takdirnya utkku

Monday, July 13, 2009

semoga Kak As cepat sembuh

Sudah sebulan kakakku sakit, kata doktor hatinya tidak berfungsi. Hari ini Kak Awwa call dia di sahkan kencing manis dan darah tinggi kerana hatinya tak berfungsi. Sebagai adik yang rapat dengannya Kak Awwa sedih sekali. Setiap kali Kak Awwa call dia Kak As kata tak apa Kak As ok je. Kata Kak Za( kakak iparku) kak As memang macam tu. Dia kalau boleh tak mahu menyusahkan orang apa lagi emak dan ayah yang sudah uzur. Emak dan ayah nak pergi pun dia kata tak payahlah buat menyusahkan saja. Dia kata kalau mek dan ayah kerumahnya dia sedih sebab tak dapat nak layan makan dan minum mek dan ayah. Mek dan ayah cuma pergi dua kali sahaja semenjak dia sakit. Mek dan ayah nak pergipun bukannya senang diorangpun tak sihat juga. Nasib baiklah ketika ini anak sulungnya Nurul masih ada lagi di rumah. Bulan 12 ni dia pasti di hantar kemana-mana untuk mengajar. Kata Kak As dia tak mahu Nurul di hantar jauh, lepas raya ni dia akan nikahkan Nurul. Dah lama bertunangpun tak elok juga.

Sewaktu Kak Awwa kecil Kak As lah yang mendukung Kak Awwa kalau nak kemana-mana. Dia kakak yang bertanggung jawab. Kak Awwa pulak kerana terlalu manja pasti nangis kalau kakak tak bawak pergi mana-mana. Kekadang Kak As bawak Kak Awwa naik basikal pergi kerumah kawan-kawan sekolahnya.

Masa balik kenduri hari tu dia cergas lagi memasak dan licah sekali. Lepas tulah dia jatuh sakit masuk ward seminggu. Kalau kenduri kendara dialah yang cergas di kalangan adik beradik Kak Awwa selain dari Kak Za. Kini bila dia dah sakit walimatul urus puteri sulungnya pun di buat ala kadar sahaja. Tetapi dia beruntung kerana kenal ramai kawan, kawan banyak sponsor barangan pengantin termasuk di bilik pengantin. Kata kakak biarpun di sponsor dia akan tetap bayar saguhati. Kesian Kak As dah lah inilah kali pertama nak dapat menantu tetapi sakit pulak. Entahlah kekadang runsing memikirkan dia. Nak balik selalupun fahamlah bagaimana keadaan diri Kak Awwa ni. Tetapi kalau keadaan memaksa Kak Awwa pasti pulang jugak biarpun terpaksa balik sorang.

Kalau nak ikutkan kewangan ingat nak mengumpul untuk bayar deposit rumah sewa nanti. Tetapi kalau kerap berulang alik dari KL ke Kelantan manakan terkumpul. Anakpun perlukan belanja. Rumahpun belum ada lagi. Kat manalah Kak Awwa nak menyewa pulak kali ini. Di kawasan ini memanglah mahai. Rasanya kalau tinggal untuk dua orang nak cari rumah yang kecil dan murah saja....

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu..

Dari jauh Kak Awwa mendoakan semoga Kak As akan sembuh. Sakit itu merupakan kafarah dan kasih sayang Allah kepada hambaNYA.Semoga dengan nikmat sakit yang Allah turunkan akan menambahkan keteguhan iman di hati...

0 comments: