andai ini takdirnya utkku

Monday, April 19, 2010

memang lumrah manusia

Maka alkisahnya kehidupanku di sini, alhamdulillah lebih baik dari Kak Awwa di PJ dulu, takde kawan tak bermasyarakat jauh sekali untuk Kak Awwa menghadiri majlis ilmu seperti sekarang. Tetapi sekarang alhamdulillah syukurlah kepada Allah hari minggu di isi dengan menghadiri kuliah ilmu dan baru mula belajar mengaji kembali bermula dari bawah.

Itulah mengaji kat rumah sorang-sorang rasa betullah sangat-sangat. Tetapi bila berguru nah ambik kena bantai la. Tetapi tu lah apa nak di malukan kita nak belajar, kalau orang pandai sekalipun masih belajar lagi.

Tetapi yalah kan lumrah manusia bila tengok kita jalan bertongkat di tanyanya kenapa dan mengapa. Bukanlah Kak Awwa terlalu sensitif sangat, tetapi kalau Kak Awwa jadi orang tu Kak Awwa tak tanya, sebab seseorang itu tak pakai tongkat kalau kaki dia elok. Seseorang itu tak mungkin berkerusi roda kalau dia mampu berjalan. Itulah Kak Awwa pesan kepada Hafiz, Hafiz kalau nampak orang berjalan begitu begini, jangan di tanya. Alhamdulillah sampai kehari ini dia tidak pernah bertanya bila nampak kekurangan pada seseorang itu. Setiap manusia tidak ada yang sempurna, mungkin tidak nampak pada luaran tetapi mungkin juga di dalam. Hanya Allah saja yang tahu. Tetapi bohonglah kalau Kak Awwa tak rasa tersinggung......

Walau apapun akan ku hayunkan juga tongkatku ini tanpa rasa malu dan buruk sangka kepada mereka. Aku ini hamba, merekapun hamba, tiada bezanya aku dan mereka. Walaupun fizikal mereka nampak sempurna, tetapi mereka juga hambaNYA. Jadi untuk apa aku fikirkan tanggapan mereka terhadapku?(ada aku kesah). Yang penting aku nak belajar,umurpun dah meningkat, ketika aku tercari-cari maka di sini juga Allah temukan aku dengan semua ini.

Mulut manusia mana boleh tutup? Kalau baldi bolehlah di tutup ahaksssss......jangan patahkan semangatmu itu. Allah itu Maha Melihat Allah kasihkan hambaNYA yang sabar. Maafkanlah mereka itu, mereka sebenarnya bukan maksud begitu ,tetapi dah nak buat guano meme mulut takleh duk diam sabar je la..........di mana-manapun akan ada cabaran dan ujiannya....sabar sabar.......

4 comments:

kak awwa senditif ni mcm sy gak, tp sy slalu pujuk hti supaya berfikir yg baik2

sikit2 je lama2 ok la..cuma bagi sylah sy pk baik gak..kalau tengok org tu kurang mmg org tu dah kuranglah buat apa nak tanya2 lagi..dah tengok dah bagaimana keadaan depa camtu...lebih baik diam dr menyinggung perasaan org lain..tu prinsip sy...apa lagi hingga mengatakan kita xcident..nauzubillah..sedih lah jugak..

takpe kak...mereka bertanya mungkin kerana prihatin dan juga rasa ingin tahu :)
mungkin mereka byk sgt tanda soal dalam kepala mereka maka mereka bertanya...

Ya lah Am betui tu lah ya..takpalah ini sebahagiaan dari ujian hidup..camtulah kalau kita nak buat kebaikan Allah akan uji kita..moga2 di kuatkan hati ni ya..aminnn...