andai ini takdirnya utkku

Wednesday, April 14, 2010

rindu hati seorang ibu

Semalam kakak (India) jiran sebelah rumah memberi beberapa keratan pokok bunga dan pokok kari. Ramah sangat kakak ni. BM pun baik walaupun dia speaking dengan familynya. Keluarga ini agak peramah rasanya boleh di minta tolong andai dalam kesusahan insya Allah.(Bukan untuk mengambil kesempatan tetapi suaminya ada teksi senang nak gi spital).

Dia kata tidak pandai menanam pokok atau berkebun. Kata Kak Awwa apa nak susah letak tanah, air dan baja dah. Itu saja, cuma pokok ni nak kena belai dia selalu. Kalau Kak Awwa hari-hari membelek pokok yang sedikit tu, Itulah penghibur Kak Awwa.

Sedih bila dia tanya anak tak balik ke? Tak rindu kat anak ke? Saya kalau anak tak balik seminggu rindunya. Hati ibu mana tak rindu , rindu bangat tetapi apa nak buat, nak balik agak susah. Apa lagi tinggal jauh dari KL, tak seperti tinggal di PJ dekat dengan KL Central dan Hentian Putra. Tetapi untuk mengubat kerinduan atau untuk menyibukkan diri. Kak Awwa susan buku-buku dan belek buku-buku laman dan buku mengait. Terima kasih kepada sahabatku Lea kerana banyak memberikan majalah anjung seri untuk Kak Awwa. Bila terasa bosan buku-buku itulah yang Kak Awwa belek selain dari komputer.

Ya Allah aku tahu Engkau sahajalah yang mengetahui rahsia di hatiku ini. Engkaulah sahaja yang Maha mengetahui kenapa begitu jauh anakku nan seorang berada. Jauh di mata tetapi dekat di hati. Aku tahu anakku pergi belajar, untuk aku juga. Dalam hatiku ini aku ingin anakku dekat dengan aku. Tetapi apakan dayaku hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui hikmahnya yang terselindung. Engkau berikan yang terbaik untuk anakku. Dalam terumbang ambing dulu ke sana kemari Engkau berikan petunjuk untukku. Berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kami ya Allah...amin...

2 comments:

semoga kak awwa akan terus kuat dan juga sy.. tanam pokok pun terapi gak kak hehe.. sy ni suma terapi

ya betui tu maiyah....rasa hepi sangat kalau dapat belek pokok..tp kalau pokok ros mati sedih sangat sbb kak awwa suka pokok dan bunga ros...