2 jamadil akhir 1431 bersamaan dengan 16 Mei 2010Malam tadi dalam hujan lebat guruh dan kilat , Kak Awwa masih berada di surau As Sidiqin. Sebaik sampai kerumah hp Kak Awwa berdering. Kakak ipar Kak Awwa iaitu Hasliza(Kak Za) telefon memberi khabar duka. Abang sulung kak Awwa iaitu abang G sedang berada di ICU di hospital besar Kuantan. Dia mengalami sakit di bahagian hati dan buah pinggangnya juga. Ya Allah terkejut sungguh Kak Awwa,Inilah pertama kali di kalangan adik beradik Kak Awwa mengalami situasi yang begini. Sebelum ini Kak As tidaklah seteruk abang G. Dia sudah semakin sihat. Kak Awwa sedih kerana anak-anak buah yang berada di Rawang dan Klang (anak-anak abang G) tidak tergerak hati hendak menelefon atau sms memberitahu keadaan abahnya. Tetapi dalam saat begini hanya doa yang mampu...