andai ini takdirnya utkku

Saturday, March 3, 2012

Aku tak berdaya

Orang lain bila tibanya birthday ada suami dan anak di sisi, tetapi aku tidak sendirian di rumah. Tiada sambutan atau masakan yang special jauh sekali untuk bawa aku pergi makan2 tempat yang istimewa. Paling tidak dekat Medan Putri yang meloyakan aku, apa tak loyanya hulur je kaki nak turun dari kereta ada taik kucing kat mana2. Dah lama aku tak makan kat Medan melainkan di restoran agak mahal yang agak terjaga kebersihannya. Di tempat lain minta maaflah baik aku makan nasi dengan ikan masin di rumah.

Bukan ini yang aku nak cerita.....


Semalam suami ku pergi opis terus tak balik rumah, dia balik ziarah emaknya di Kedah. Ahad pulang sekejap ambil kain baju kerana isnin pergi berkursus pula di Penang. Last minit baru orang bagitau yang dia kena pergi kursus padahal tiket balik ke Kedah dah beli. tinggallah aku seorang diri di rumah, sedih juga. Ni baru berpisah sementara andainya berpisah buat selama-lamanya bagaimana? Petang tadi pula Hafiz bagitau ada biji2 gatal tumbuh di tangan, nasib baiklah farmasi dekat dengan tempat tinggalnya. Beginilah kalau dah berjauhan sakit demam payah. Aku tak rasa orang lain sanggup berpisah dengan anak, apa lagi anak seorang, aku sudah penat hidup begini. Bukan aku tak redha tetapi aku manusia biasa yang ada perasaan sedih. Aku seringkali berdoa semoga Hafiz dan suamiku di beri kesihatan yang baik.

0 comments: