andai ini takdirnya utkku

Thursday, March 1, 2012

40


Bismillahirahmanirahim

Syukur alhamdulillah hari ini 2.3.2012 bersamaan dengan 9 Rabiul akhir, jatuhnya pada hari jumaat yang mulia penghulu segala hari.Genaplah usia aku yang ke empat puluh kalau tengok pada angka aku jadi takut sangat nak menyebut. Tapi kata suami aku takut ke tak takut ke angka itu akan hadir jua dalam hidup aku dan semua orang. Kalau di lihat pada angka memang dah berumur dah aku ni, ubanpun dah memutih dikepala. Itu juga petanda yang aku sudah di beri peringatan oleh Allah. Tapi kenapa aku masih tak sedar2 lagi? Masih lalai leka lagi dengan duniawi. Amal ibadat aku masih kurang lagi.


Hari ini ramai kawan2 yang ucapkan selamat ulang tahun kepadaku tahun hadapan belum pasti lagi, kerana ajal dan maut itu rahsia Allah. Kalau di buat pilihan memanglah aku tak ingin pergi lagi kerana bekalan apakah yang akan bawa nanti? Tetapi ajal maut tidak mengenal tempat, usia dan siapapun kita. Namun aku selalu berdoa semoga Allah panjangkan umur aku dan suamiku untuk melihat Hafiz membesar berumah tangga dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kalau di beri pilihan memang hendak memilih tetapi SIAPAKAH KITA INI?

Ucapan selamat hari lahir juga untuk suamiku tercinta yang sanggup berkongsi hidup dengan aku, memberi aku kasih sayang yang tidak berbelah bagi serta menerima aku seadanya. Tak jauh tarikh aku dengan suamiku, 19.2 yang lepas. Alhamdulillah mudahan Allah panjangkan usia kita untuk meneruskan sisa2 hidup sampai ke tua. Tetapi aku tidak tahu siapa di antara kita yang akan pergi dulu. Itu rahsia Allah.......

Ya Allah semoga hadirnya angka 40 dalam kehidupan aku ini akan bertambah keimananku kepadaMu Ya Allah. Aku berjanji akan mencari ilmu akhirat selagi terdaya...selagi aku di beri kudrat untuk pergi ke majlis ilmu. Insya Allah semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk aku dan suamiku amin....

0 comments: