andai ini takdirnya utkku

Monday, July 14, 2008

Ceritaku di Duta Village Beach Resort











11.Julai 2008 Jumaat

Suamiku pergi menjemput Hafiz di asramanya. Aku belum berkemas apa-apa lagi kerana aku memang tak ada semangat hendak ke sana. Entahlah memanglah perasaan aku nih sukar di jangka, macam-macam yang aku rasakan, maklumlah inilah pertama kali aku menyertai family day bersama kawan-kawan suami aku. Belum pernah menaiki bas bersama mereka rasa kekoklah pulak, maklumlah dalam ketidak upayaan diriku, bimbang takut menyusahkan orang n nanti orang tengoklah memacam lagi yang aku rasakan. Mungkin kerana aku agak jarang bergaul dengan orang maka begitulah perasaanku. Padahal tidak ada apa-apapun,cuma perasaanku sahaja yang rasa begitu. Entahlah...lain orang lain perangainya, biarpun aku berkali-kali ingin katakan semuanya okey tetapi hakikatnya perasaan begitu tetap ada.

12.Julai 2008 Sabtu

Suamiku mengemas kain baju dalam beg yang hendak di bawa ke sana, dia juga yang call teksi. Aku tahu dalam banyak keadaan dia tidak seperti aku, dia tetap okey. Yalah yang nak jumpa kekawan dia bukannya orang lain, sedangkan aku tak kenalpun siapa kawan dia selain dari kawannya yang duk kat jalan klang Lama tu. Silap aku juga kerana sebelum ni aku tak pernah nak ikut family day yang di buat sebelum ni. Kalaulah ayah aku tahu perangai aku begini tentu ayah aku tegur aku. Masa remaja dulu ayah selalu menegur aku kerana selalu berkurung, kalau saudara mara atau orang yang tidak rapat denganku datang ke rumahku. Ayahku selalu kata, kalu aku malu ke apa ke, tak akan berubah apa-apapun. Aku tetap begini jugak. Betul kata ayah aku tu, tetapi pernah masa aku remaja dulu aku memberontak dalam hati, ahh..ayah nie senanglah berkata begitu kerana ayah tidak pernah ada di tempat aku ini. Padahal sebagai seorang ayah, ayah dan emaklah yang memahami bagaimana keadaan diri anaknya. Mereka ini hendak aku mengikis perasaan-perasaan yang begini, agar aku menerima dan redha dengan apa yang telah di takdirkan untukku. Begitu juga dengan suami aku, selalu memberi semangat untuk aku.

Tepat jam 8.00 pagi kami bertolak dari rumah ke Medan Mara untuk berkumpul bersama rakan-rakan suami aku menaiki bas yang di sewa khas. Ramai juga yang sedang menunggu kebanyakannya diorang datang dengan keluarga masing-masing. Terfikir-fikir jugak aku kalau aku tak pergi tentu suami aku juga tak akan pergi kasihan dia. Dah lah family kami kecil kesian sangat. Sedangkan orang lain sampai lima enam orang anak bawak. Erm nak buat macam mana aku cuma ada Hafiz sorang aje, tak apalah syukur alhamdulillah.

Sampai di tempat menanti aku di sapa oleh seorang wanita yang pada perkiraanku hampir-hampir 50 an lah kot. Isteri ustaz kata suamiku. Selepas itu datang lagi beberapa rakan-rakannya menghampiriku.

'Isteri encik f ni ya? tak pernah tengok, orang Kelantankan?'
Ya orang Klate jawabku dengan dengan longhat yang pekat, almaklumlah aku ni kalau dah bertemu dengan orang senegeri dah tak reti dah nak cakap dengan betul dah hehehe. Erm orang tu memanglah tak pernah tengok aku,sebab inilah pertama kali aku join diorang untuk sambutan hari keluarga.

Tepat jam 12.00 lebih bas berhenti rehat di mana ah..lupa pulak. Oleh kerana bas parking agak jauh, aku tak bolehlah nak turun, tetapi tak mengapalah kerana aku memang tak ada selera makanpun kalau berjalan jauh. Peliknya hanya kami tiga beranak dan seorang konduktor yang tertidur saja tak turun. Apa nak buat keadaan aku terhad manakala suami dan anakku memahami, dan mereka setia menemaniku. Terima kasih banyak-banyak suami dan anakku yang selalu memahami situasi aku. Cadangnya diorang nak tunggu solat zohor tetapi mungkin kekawan suamiku pun fikir kami maka diorang ingin teruskan perjalanan ke Baserah.

Jam 3.30 kami sampai ke resort, alhamdulillah kawannya agak memahami kami kerana dia memberikan sebuah chalet yang berdekatan dengan restaurant. Tanpa malu aku katakan inilah pertama kali aku menginap di chalet, sebelum ni kami selalu menginap di hotel. Pada aku rasa lebih seronok chalet dari hotel, sebabnya tak adalah tertutup sangat. Hafiz bebas ke sana sini, ke tepi pantai ke kolam renang. Berbagai acara yang di adakan sempena sukan hari keluarga, tetapi sayangnya puas di pujuk Hafiz tidak mahu masuk apa-apa bahagian, malu dan sebagainya. Yalah aku tahu semenjak dia tinggal di asrama tu dia agak pendiam dan pemalu, tetapi tidak dengan rakan-rakan yang di kenalinya. Ahh...entahlah dia sudah berubah kekadang sedih jugak. Anak-anak orang lain banyak mendapat hadiah sedangkan dia hendak menjadi penontonpun dia tak mahu.Sedangkan aku pergi kerana dia...kalau tahu begitu baik tak payah pergi.

Di sebelah malamnya ada BBQ ada ucapan oleh ketua pengarah dan lain-lain dan yang paling menarik menerima hadiah dan ada cabutan bertuah tetapi sayangnya itu nasib tidak menyebelahi kami, kami dapat pembakar roti dan lampu garam, jadilah kalau harap nak beli..tak belipun. Oleh kerana kami ni tak pandai bersembang seperti orang lain, kami tak lama di restaurant tu. Kekawan suamiku ada yang bersembang samapai jam 12.00 malam.

Ahad 13.Julai

Selepas sarapan pagi pekena nasi lemak dan nasi dagang semua mereka yang terlibat dengan......menghadiri ceramah dan bersangkut paut dengan kerja depa, sedangkan kami pagi tu bebas nak buat apa sahaja. Aku di chalet manakala Hafiz lesap pergi mengambil gambar...

Jam 12.00 masing-masing keluar menuju ke bas. Bas yang sepatutnya berada dekat terpaksa di parking jauh kerana terdapat bas yang lain masuk. Terpaksalah aku bersama rakan-rakan yang lainnya berjalan agak jauh sedikit. Tahu sajalah bagaimana keadaan aku, nak berjalan jauh dengan mengunakan tongkat di ketiak pasti merasa kesakitannya. Suamiku kata letaklah kain tuala lembut dengan tongkat tu supaya ketika tidak melecet, tetapi aku belum berkesempatan hendak berbuat demikian.


Tepat jam 5 petang agak lebih sedikit lah kot lupalah hehehe, kami sampai. Sorang-sorang rakannya menuju ke kereta masing-masing, manakala kami menahan teksi untuk pulang. Erm begitulah pengelaman pertama aku, terasa seronok jugak dapat berkenalan dengan kekawan suami aku, kalu nak cerita terlalu banyak setakat inilah sahaja. Insya-Allah kalau aku rajin aku sertakan gambar-gambar kat blog ni. Bab gambar-gambar ni aku kurang rajin sikit.Tapi ni gambar yang aku cilok kat google..

p/s cerita ni dah tulis lama tp baru up date..

2 comments:

Salam kak..
Alhamdulillah, jadi juga akak ke sana. Sesiapapun takkan faham apa yg akak rasa..am doakan akak hepi sokmo..Hafiz tu sdg meningkat dewasa tambahan pula dgn persekitaran pembelajaran dia..sbb tu dia jadi pendiam dan pemalu. Lain kali akak kena pergi bercampur dengan insan lain..mana ada manusia yg sempurna..janji keimanan kita padaNya...senyum sokmo ye kak :)

Salam epel........

erm begitulah gamaknya epel..tp tak apalah epel..itu adalah lumrah utk org seperti akak...apa2pun kena kuat semangat..ya betul kata epel akak kena banyak bergaul..tp nak bergaul dgn sapa takdak kawan lah?ni haaa kawan hanya kat blog aje hehehe.
hafiz tu dia pendiam dgn org tak kenal..cuba dgn org yg dia kenal galak jugak dia bercakap...