Assalamualaikum blogku? Maafkan aku kerana begitu lama tidak updatemu. Bukan aku tak sayang dan bukan juga aku sudah melupaimu tetapi apakan dayaku aku tidak tahu hendak bercerita apa lagi di blogku.Malam ini terdetik hatiku untuk menjenggukmu, rupanya blog ini sudah tidak terurus sudah bersawang. Aduyai kasihannya aku kerana tidak tahu hendak memulakan penceritaan ini. Insya Allah akan ku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahiim. Ya Allah berikanlah aku ilham untuk meneruskan penceritaanku ini.
Hari ini tersentuh hatiku bila membaca blog anakku Hafiz meluahkan rasa hatinya. Banyak yang dia telah lalui sehingga dia matang di usia muda. Hafiz seorang anak yang begitu baik, sehinggakan dia begitu malu untuk meminta duit dari ayahnya bila kehabisan duit. Kasihan anakku kadang2 berlapar...