andai ini takdirnya utkku

Wednesday, December 25, 2013

Dunia Oh Dunia....

Dunia... Oh Dunia Dunia... Kau hadir penuh pesona Tak sedikit anak Adam tergoda Kau indahkan langit alam raya Dengan berjuta warna Kilaumu kerap menyilaukan mata Kerlipmu mampu membungkam kata Kau hadir suka-suka Kau buai hati dengan rayuan syurga Begitu banyak jiwa yang terlena Berkejaran harap menyelimuti semesta Nurani hanya mampu melihat kasat mata Jiwa yang damai menggulana Dunia... Langkah pun kian cepat mengejarmu Namun kau lebih cepat berlari Lelahku membuncah tak terperi Dan langkahku pun terhenti Kau tak pernah dapat kuraih Dahagaku tak pernah terobati Waktuku habis tak tersisa Kekhusyukan pun sirna Lelah jiwaku terpasung dunia Kering jiwa berharap pahala Bahagia yang diharap, hampa kudapat Dan semuanya kembali ke titik NOL "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda...

Tuesday, December 24, 2013

tinggal beberapa hari lagi

Ya Allah cepat sungguh masa berlalu dah nak masuk tahun 2014. Rasa baru semalam sambut tahun 2013. Begitu pantas bulan berganti bulan minggu berganti minggu. Usia semakin meningkat, ilmu masih berkurang, ALLAH sesungguhnya rugilah membiarkan masa berlalu pergi begitu sahaja... Demi masa sesungguhnya manusia kerugian Melainkan yang beriman dan beramal sholeh Demi masa sesungguhnya manusia kerugian Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran Ya semoga tahun 2014 ini memberi sinar baru buat kami sekeluarga, di beri kebahagiaan, kejayaan dunia dan akhirat untuk anakandaku. Insya Allah....

Monday, December 23, 2013

Bersabarlah duhai hati

Janji hanya tinggal janji blog ini tetap di tinggal sepi. Dah nak habis tahun 2013 ku jenguk sesekali blog ini. Bukan tak sayang, tetapi apakan daya banyak benar komitmen dan masalah yang datang bertimpa2 sehinggakan blog sudah lama tak di update. Bukan senang hendak menulis sesuatu tatkala jiwa kacau.  Berulang alik dari Kl ke Kelantan  memang memenatkan. Tetapi demi ibu tersayang semua itu terpaksa ku hadapi jua. Ujian dari Allah S.W.T ibuku di uji dengan penyakit yang agak kritikal yang tidak pernah terfikir di benak fikiranku. Ibuku di sahkan berpenyakit buah pinggang tahap empat dan injap jantungnya bocor. Ya Allah hanya...

Sunday, August 18, 2013

RaYa 2013 (raya terakhir bersama mek)

BISMILLAHIRAHMANI RAHIM terlebih dahulu ku ingin mengucap selamat hari raya aidilfitri untuk semua kawan2 blogku, maaf zahir dan batin andai terlanjur komen dan terkasar bahasa... Walaupun lama aku tidak menulis blog tetapi aku tetap rindukan  blog ni. Mungkin ramai yang sudah mengabadikan gambar2 kenangan kalian di fb dan blog..gambar kenangan rayalah katakan. Seperti biasa saya agak malas untuk mengupdate gambar di fb atau blog. malas tahap gaban orang kata hihihi, takpelah cerita jelah. Tu pun oklah dari  ku biarkan blog ini bersawang. Seperti di tahun sudah anniversaryku jatuhnya pada 18.8.2013 syukur alhamdulillah sembilan belas  tahun sudah. Masih lagi dalam mood raya dan tak beberapa hari lagi hari kemerdekaan. Hanya doa yang mampu ku panjatkan semoga jodoh kami...

Tuesday, June 4, 2013

cakap tak serupa bikin

Hati mana tak sakit bila janji rm 300 tetap tup2 malamnya sudah berubah harga kenapa jadi begitu? Kenapa tak di beritahu awal2 supaya boleh aku tolak semuanya. Last minit baru dia beritahu...janji apakah ini? Tak mengapalah hari ini awak menganiaya saya esok lusa ada orang lain pula yang menganiaya awak. Saya sudah maafkan awak ...cuma saya sedih awak baik..tp bila bab duit awak dah tak kenal kawan. Walaupun saya anak sorang tak semestinya saya banyak duit. Sampai hati awak buat begini kat saya...walau macam manapun terima kasih saya ucapkan kerana ini semua menjadi pengajran buat saya....

Monday, June 3, 2013

bermulanya sebuah episod..........

Hari ini 3 Jun bersamaan dengan 24 rejab,bermulalah episod baru dalam kehidupanku dan anakku. Bermulanya sebuah eposid anak tunggalku Hafiz bergelar mahasiswa di sebuah kolej swasta. Semoga hari2 yang anakku lalui di sana akan membahagiakan dia dan di permudahkan dalam semua urusannya. Selama berbulan2 dia berada di rumah banyak urusan kerja rumahku dia tolong. Kini aku kembali seperti dulu2 buat kerja sendiri tiada pembantu. Tetapi tidak mengapalah kerana Allah janjikan pahala. Sesungguhnya janji Allah itu benar, aku sebagai ibu bapa bersyukur sangat2. Ya Allah terima kasih kerana Engkau makbulkan permintaanku. Sepanjang pembelajarannya selama dua tahun aku berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar, lulus cemerlang dunia dan akhirat...amin....

Friday, May 24, 2013

kembali lagi...

Assalamualaikum blogku...Ya Allah ayat2 sama pasti berulang kembali...lamanya aku tak jenguk blog usangku ini...lama sangat2. Pastinya ada diantara rakan2 blogku menyangka aku sudah bersara dari dunia blogger. Oh tidak tetapi keadaan yang tidak mengiznkan aku untuk berbuat demikian. Allah sibuk sangatkah aku ini? Pun tidak tetapi nak kata tak sibukpun sibuk juga. Setelah kepulangan anakandaku Hafiz pulang kepangkuanku banyak masa kuhabiskan dengan dia sudah tentu.....Alhamdulillah walaupun anakku tidak secermalang mana keputusan exam SPMnya tetapi dengan berkat usaha doa dan tawakal akhirnya dia berjaya juga, walaupun belajar tak sampai setahun dia lebih baik dari orang lain...alhamdulillah. Sebagai ibu sudah pastinya aku sangat2 gembira. Kini anakku telah mendaftar masuk di sebuah kolej di...

Saturday, March 2, 2013

EMPAT PULUH SATU

Empat puluh satu, satu angka yang agak besar Ya Allah dah berusia dah aku ni.Aku hanya mampu berdoa semoga Allah berkati sisa2 usia yang aku ada. Andai takdirnya usiaku ternoktah sebentar lagipun aku redha kerana diri ini dan segalanya adalah hak mutlak Kekasihku. Tidak akan di cepatkan dan tidak akan di lambatkan, kerana kematian itu adalah pasti. Semoga Allah kurniakan aku kekuatan iman dan kebaikan walaupun tak banyak ya Allah. Aku redha Ya Allah.Seminggu yang lalu teman sepermainanku telah pergi untuk selamanya di usia empat puluh satu. Terkejut sedih dan menangis semuanya ada. Tetapi itulah takdirnya, hanya setakat itu sahaja penghidupannya. Semoga penghidupannya di alam sana di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Untuk suamiku yang telah menjangkau usia 48 selamat ulang tahun yang ke 48...

Wednesday, January 23, 2013

diari kehidupan

Salam Maaulidul Rasul, alhamdulillah bermula saat ini aku berazam akan menulis diari yg telah lama aku tinggalkan, beberapa tahun yang lalu. Kalau dulu menulis diari merupakan rutin harianku. Tetapi semenjak mengenali blog, fb, twitter dll diari seoalah tiada lagi dalam kehidupanku. Semoga aku tetap istiqomah dalam menulis diari..Aku juga berazam akan mengupdate blog semampun yang boleh, Azam baru semangat baru Insya Allah...

Andainya Rasulullah masih ada

Allahummasollialasaidina Muhammad.Andainya Rasulullah masih ada ketika ini tentu baginda malu dan sedih melihat umatnya yang semakin jauh meninggalkan sunnahnya. Ya Rasululllah insan yang kerdil ini bagaikan terlena dari tidur...bila di kejutkan baru mengingati dan merinduiMu, padahal di saat akhir Mu, dirimu tidak pernah melupakan umatMU. Ya Rasulullah betapa malunya aku kepadamu.Ya Rasulullah maafkanlah segala kekihlafan  aku. Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 ku. Sesungguhnya aku insan yang lemah lagi kerdil yang mengharapkan keampunanMu ya Allah. Ku akui kelemahan diri,Ku insafi kekurangan ini,Ku kesali kejahilan ini,Terimalah 3x.....Taubatku ini.....