25.Mach.2015
Hanya sebulan abang sihat kini penyakit yang sama datang lagi. Disember 2014 tatkala ayah sakit abangpun sakit.. Ya ALLAH ujian demi ujian menimpaku. Sesekali terbit juga rasa kesal marah dan sedih...tetapi bila aku kenang kembali itulah takdir untukku. Kalau dulu ada ibu dan ayah untuk aku bercerita. Kini aku tiada insan yang benar2 memahamiku. Astagfirullah aku ada Mu ya ALLAH. Ampunkan segala dosa2 ku ya ALLAH.
Tiga bulan pemergian ayah rasa begitu sepinya bila sesekali pulang ke kampung. Hanya pusara aayah dan ibu pengubat rindu.. Masih terdengar suara lelah ayah yang teruk, masih terbau badan ayah, masih terbayang di saat ayah bercerita. Apa lagi kenangan yang aku ada? Di saat pemergian ayah aku tiada kerana aku seorang isteri. Kenapa aku tak biarkan suamiku pulang...