Lamanya aku tidak menulis di mana-mana blogku, bukanlah bermakna aku sudah melupai mana-mana blogku tetapi entahlah terlalu banyak benda yang hendak aku fikirkan hinggakan membuatkan aku menjadi malas untuk menulis di di blogku ini. Tetapi pagi ini di hari minggu selepas membuat sarapan agak simple dengan mengoreng nugget dan rebus jagung aku rasa seperti idea untuk menulis datang.
sebenarnya banyak kejadian yang tidak di jangka berlaku, yang tidak terlalu rahsia tu aku cerita kat sini..tetapi yang terlalu personal ku simpan jauh di sudut kamar hatiku...cewah seperti tajuk lagu Jamal Abdillah lah pulak.
Terkejut............
Beberapa minggu yang lalu tatkala aku ingin blender kelapa,aku memasukkan sedikit air panas yang di campur dengan air sejuk. Selalunya begitulah yang aku buat kalau nak bagi santan kelapa jadi banyak, almaklumlah kelapa yang di letakkan kedalam peti ais ni kurang santannya. Aku ingin merasa air itu panas atau tidak dengan jari...alamak ada benda kelabu asap yang ada dalam kelapa itu....
eh kenapa jari aku ni jadi panjang bisikku dalam hati....aku amati....oh tidaaaaakkkkkkkkkkk seekor cicak dalam blender tu. Bagaimana aku boleh tak perasan yang binatang tu masuk ke blender ku, baru aku ingat blender tu Hafiz guna dia tutup tak rapat dan di cuci tidak bersih aku pulak pakai main ambik saja. Jangan jadi seperti aku ni dah ler tak buat kari hari tu kelapa pulak kena buang...lepas tu mati selera makan, bayangkanlah kalau aku terus blender kelapa tu bagaimana gamaknya? Agaknya tak makan seminggulah aku............
pengajaran kalau nak masak air ke apa ke tengok dulu barang yang hendak kita guna tu, manalah tahu ada semut ke. Inilah pengalaman yang tidak pernah terjadi dalam hidup aku. Yang aku hairan kenapa aku boleh tak perasan ada makhluk tu dalam blender?
Hehehe satu lagi kejadian yang tidak patut berlaku, sudah menjadi kebiasaan aku bila hendak tanak nasi air basuhan beras tu aku simpan untuk membasuh ikan atau ayam...selepas itu bolehlah ku siram pokok-pokok bungaku. Entah kenapa hari itu aku terlupa air basuhan beras yang ku simpan rupanya telah ku masukkan hampas teh....mengikut petua siapa entah mengatakan hampas teh bagus untuk menyiram pokok. Petang itu jugak aku menyiang ayam organik dan hendak membasuhnya dengan air beras tersebut..tanpa aku berfikir panjang aku masukkan ayam itu dalam besen yang berisi air beras...
Aik kenapa ayam ini kotor tak bersih...Hafiz tengoklah ayam ni..Allah hai habislah ayam kita ni Hafiz nak makan macam ni?
Kenapa ibu apa dah jadi dengan ayam tu? Kami tergelak sama-sama. Kata suamiku tak apalah serbuk teh aje bukannya nak salah kalau di cuci tak jugak hilang hampas teh tu..goreng ajelah.
Semalam kredit ku hampir tamat sebelum tu pop aku sms kekawan, aku sms Epel,sahabatku Lea dan Kak Yati. Aku berbalas-balas sms dengan Kak Yati alhamdulillah aku rasa insyaallah ada sinar harapan untuk aku. Rasanya tak perlulah bercerita dulu sesuatu yang masih lagi dalam proses. Tetapi setelah di beri lampu hijau oleh Kak Yati aku rasa seronok sangat alhamdulillah.
Sekarang cuti sekolahpun sudah bermula nampak gayanya kami sekeluarga tidak kemana-mana oleh sebab yang tidak di elakkan, kalau diizinkan Allah s.w.t hujung bulan enam ini ada family day di Baserah, kalau dikutkan hatiku tak mau pergi tetapi bila memikirkan Hafiz aku tak sampai hati hendak menolaknya. Ermm itulah orang seperti aku ni kekadang perasaan malu masih menebal untuk bergaul dengan orang apa lagi kekawan suami aku.
Seperti biasa aku tidak tahu hendak letak tajuk apa....insya-Allah kalau ada tajuk lain akan aku tukar nanti.......
0 comments:
Post a Comment