andai ini takdirnya utkku

Tuesday, June 10, 2008

Dari Al Furqan Ke As Solihin

Assalamualaikum.....

Lamanya aku menyepikan diri dari menulis blog. Bukan saja tidak menulis tetapi tidak menjenguknya langsung, bukan aku sudah lupa tetapi kesibukan aku menguruskan segala persiapan anakku untuk ke asrama. Kesihatan yang tidak mengizinkan dan banyak benda sebenarnya hinggakan tak terkejar,suamiku apa lagi terkejar sana sini membeli keperluan anakku. Itupun masih ada yang tertinggal.

Sebelum ni puas membawa anakku ke hospital kerana dia di jangkiti kudis buta dari asrama lamanya. Dari hospital kerajaan hinggalah ke hospital swasta pun tidak jugak hilang. Jenuh aku merebus segala pakaiannya. Call di kampung kakakku menyuruh aku memandikan anakku dengan daun mambu.

Aku sms kawan sepejabat suamiku bertanya bagaimana rupanya daun mambu itu. Rupanya ada di depan rumah ku. Sebelum ni aku perasan sebatang pokok besar di rumah tinggal di hadapan rumahku itu, pernah jugak aku nampak aunty Cina mengambil daun itu. Kata kawan suamiku yang di depan rumah tinggal tu lah pokok mambu.

Pulang dari kerja mereka suami isteri bergegas ke rumahku menolong aku mengambil kan daun mambu. ..bukannya sikit tetapi di tebang sebahagiaan pokok itu. Sanggup suaminya memanjat pokok tersebut. Ya Allah terima kasihnya aku kepada mereka suami isteri ini. Budi baik mereka sukar untuk aku balas.

Memandangkan hari isnin tu kena sekolah sedangkan kudis buta tu masih belum hilang lagi. Kalau di tubuh sudah hilang tetapi di tempat "itu" masih lagi tak hilang. Pagi sabtu tu ke homeopaty Dr Sabri di Selayang pulak. Minum ubat nya setiap lima belas minit. Dan ubat bijinya sekali...alhamdulillah kudis tersebut kecut. memang selama ni anakku serasi dengan ubat homeopaty Dr Sabri. Kalau batuknya teruk ambik ubat homeopaty jugak. Tetapi memandangkan kami tinggal di sini agak jauh nak ke sana, itulah suamiku hanya membawanya ke klinik panel di Jalan Ipoh .

Isnin 9.6.2008

Bermulalah kehidupan baru anakku tinggal dan belajar di tempat barunya. Kalau nak di bandingkan dengan Al Furqan di As Solihin lebih selesa, tempat tinggalnya pun selesa di kondo. Tetapi yang menyedihkan kerana aku sukar untuk ke sana. Hari itu hanya suamiku sahaja yang menghantar anakku ke sana. Tetapi tidak mengapalah kerana kemudahan telefon pun ada, tidak seperti asrama lamanya dulu, hendak menefonpun susah. Tetapi di situ ada ustaz yang menjaga bahagian telefon.

Hari anakku ke asrama aku telah menangkap seekor anak kucing Parsi yang kebetulan masuk ke rumahku. Kini kucing itu sudah ku beri nama Comel dan sangkarnya pun sudah ku siapkan . Itulah kawanku sekarang hehehe. Kalau bukan kerana bulunya yang gebu aku memang tak suka dengan kucing kerana alahan. Tetapi kerana aku nak juga aku terpaksa mengurungnya kerana anak kucing liar terlalu garang, tetapi sudah tiga hari aku membelanya dia menunjukkan tanda ingin berkawan denganku hihihih. Dah lah tak tau nak tulis apa da......



0 comments: