andai ini takdirnya utkku

Saturday, May 10, 2008

demi masa

Malam tadi aku menonton cerekarama demi masa lakonan Puan Shiela dan beberapa orang pelakon lagi. Kalau nak di ikutkan sebelum ni aku tak pernahpun menonton cerekarama apa lagi kalau cerita-cerita cinta cintun mataku cepat sangat nak terlelap bila menonton cerita-cerita seperti itu. Tetapi menonton demi masa banyak memberi pengajarannya buat aku. Lakonan Puan Shiela Rusli menjadi ibu yang hilang penglihatannya membuatkan aku benar-benar kagum dengannya kerana berjaya membawa watak tersebut. Lalu akupun terfikir-fikir tentang diriku apakah kelak anakku Hafiz juga akan melakukan perkara sedemikian kepadaku sebagai ibu yang kurang upaya? Kalau watak Nazli malu mempunyai seorang ibu yang hanya hilang penglihatan sedangkan aku terlalu banyak kekurangannya.Malam tadi aku menonton bersama Hafiz dan suamiku, selalunya kalau ada cerita-cerita sebegitu aku akan bertanya Hafiz( aku selalu bersembang dengan Hafiz tentang perkara ini sengaja untuk menduganya)..

"Hafiz tak malu ke kalau kawan-kawan melihat ibu Hafiz?"

"apa nak malu, Hafiz tak malu kerana Hafiz sayang ibu dan ayah"

"betul ke Hafiz...sekarang ni Hafiz kata begitu tetapi bila Hafiz besar entah lah bagaimana nasib ibu dan ayah ni".

"Hafiz tak macam tu lah ibu, Hafiz akan jaga ibu dan ayah".

Selalunya kalau aku bertanya begitu dia tidak senang, aku pulak suka menyakat dia dengan pertanyaan sedemikian. Harap-harap nasibku tidak akan menjadi seperti nasib Mak Yam dalam demi masa, biarlah walaupun di kurniakan seorang anak tetapi dapat menjaga ku hingga ke akhir hayat, aku bukan mengharapkan harta bendanya tetapi cukuplah perhatian dan kasih sayang darinya. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu sanggup melakukan apa saja demi anaknya yang di kasihi walaupun mengorbankan nyawa sekalipun. Tetapi apakah anak-anak sanggup mengabaikan ibunya apa lagi tatkala tibanya usia emas? Ya Allah cerita ni benar-benar menyentuh hatiku membuatkan air mata tergenang di pipi.

Kekadang aku terfikir jugak bagaimanakah perasaan anakku bila berdepan dengan kawan-kawannya? Aku pernah bertanya bila kami pergi menziarahnya di asrama..."apa kata kawan-kawan Hafiz bila melihat ibu dan ayah, ada tak kawan-kawan kan bertanya?"

"Ada sorang dua dia tanya tentang ibu, Hafiz katalah itukan kuasa Allah bukan kuasa manusia" Aku tidak tahu bagaimana perasaan anakku yang sebenar bila aku ....dia akan kata Hafiz tak malu dan tak kisah kerana Hafiz sayang ibu dan ayah. Entahlah harapnya begitulah aku hanya mampu berserah dan berdoa semoga anakku akan menjadi anak yang soleh, dan akupun akan menjadi ibu yang baik kepada anakku biarpun tidak yang terbaik.


0 comments: