andai ini takdirnya utkku

Friday, February 20, 2009

bermulanya sebuah episod


Entahlah...terlalu lama Kak Awwa membiarkan blog ini sepi. Tetapi biarpun blog ini sepi tanpa penulisan baru, namun Kak Awwa selalu singgah mendengar nasyid yang menyentuh jiwa Kak Awwa. Rasa tenang jiwa bila dengar asma al husna dari Pak Ary dan Hadad Alwi. Kalau nak ikutkan banyaknya cerita yang hendak Kak Awwa luahkan di blog ini. Tetapi terfikir juga perlu ke semua cerita kita nak di kongsi di sini? Bagi Kak Awwa kalau tidak terlalu peribadi dan tidak mengaibkan orang lain tak salah. Tetapi ianya merupakan pengelaman yang tidak mungkin dapat Kak Awwa padamkan dalam lubuk hati ini, terlalu banyak. Pada Kak Awwa blog merupakan tempat luahan hati. Kalau nak luah dekat orangpun mungkin tidak ada sesiapa yang memahaminya. Lalu kalau di luahkan di blog, ianya boleh meredakan segala keresahan di hati. Terkadang Kak Awwa rasa malu juga untuk bercerita..........


Insya Allah bila tiba masanya Kak Awwa hendak bercerita episod sebuah perjuangan yang belum selesai khusus untuk anakku Hafiz. Tuntutlah ilmu biarpun ke negeri Cina sekalipun.. Itu adalah satu pengorbanan yang agak besar bagi kami sebagai ibu bapa demi ingin melihat satu-satunya anakku berjaya di dunia dan akhirat.

19.Februari merupakan ulang tahun kelahiran suamiku tercinta. Tetapi seperti biasa ianya tidak membawa apa-apa kesan bagi kami. Tidak ada kek dan sebagainya, tidak ada masak-masak kerana sudah lama Kak Awwa tak masak seperti dulu. Hanya doa yang mampu kami panjatkan semoga di panjangkan umur untuk beribadat kepadaNYa dan untuk menjaga anak kami sehinggalah dia besar dan berjaya dalam hidupnya.

Semalam kawan-kawan ofisnya memberikan hadiah sempena hari ulang tahunnya. Bagi kami tibalah hari apapun kami tak kisah langsung. Cuma kalau birthday anak kami adalah bagilah hadiah dan masak makanan kegemarannya. Namun tidak di nafikan my hubby akan bagi hadiah sempena ulang tahun perkhawinan, biarpun Kak Awwa tidak mengharapkan sangat. Apa lagi dalam keadaan tak happy, datanglah hadiah apapun memang tak rasa seronok. Lainlah kalau ada anak disisi. Tetapi dia kini jauh. Hmm! nanti cerita lain kali bila keadaan mengizinkan...........

2 comments:

salam,
sabar je la awwa..
jgnlah dok bersedih2 sangat, hafiz pergi jauh utk tuntut ilmu dunia dan akhirat juga kan..utk ibu dan ayahnya jugak kan.. dia bukan gi merempit ke, berseronok2 ke .. kan kan kan!
org bagi hadiah ke, hubby bagi hadiah ke, syukur..ramai org yg sayang kat awwa/hubby kan.. kalau tak bagi lagi sedih kan..
mana yg boleh happy tu, cubalah happy, cuba ceria ceria mcm kata buku tu la tahzan.. cuba la ceria2 kot2 mudah sikit nak dpt 'rezki baby'..
sebenarnya kakwan pun cuba menceriakan diri jgk ni..kdg2 menang, kdg2 kalah, yg penting jgn berputus asa drp rahmat Allah!

salam kak wan..

terima kasihlah bagi nasihat dan komen..macam tu lah kak wan anak sorang.

alhamdulillah kak wan hafiz hepi di tempat baru,sayapun hepi..tp kali ini rasa jauh sangat..tetapi apa nak buat...

bukan tak baca buku la tahzan..dah habis baca dua buah tp tu lah..kekadang sedih gak.

insya Allah semoga lepas ni saya akan hepi2kan diri...semoga kita semua mendapt rahmat dari Allah s.w.t......amennn