Sibuk...setelah anakku Hafiz belajar di Kota Bharu suamiku kekadang seminggu sekali pergi menjenguknya. Maklumlah kami tidak biasa berjauhan dengan Hafiz. Kalau kat Shah Alam boleh balik selalu tetapi bila belajar di Kelantan terasa inilah pertama kali kami berjauhan dengan dia. Minggu lepas suami Kak Awwa pergi lagi menjenguk dia. Kak Awwa cuma pergi ketika menghantar Hafiz sahaja. Kak Awwa cadangnya ingin balik Kelantan akhir bulan tiga ini. Kebetulan mek dan ayah tak berapa sihat. Ingin menziarahi mereka. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak pulang ke sana.
20. Februari 2009
Suami Kak Awwa menaiki bas tranasional dari Hentian Putra tepat jam 11.00 malam. Sampai ke kota Bharu tepat jam 6.00 pagi. Dia menelefon Kak Awwa dengan mengunakan telefon awam. Kak Awwa hairan mana hanphonenya? Katanya hanphonenya tertinggal di atas bas, sedangkan bas sudahpun berlalu pergi. Dia orang yang terakhir turun dari bas. Kak Awwa call telefon itu tidak ada siapa yang angkat. Nama lagi dah tertinggal siapa nak angkat. Kak Awwa sms kepada sesiapa yang terjumpa hp ini tolong hantar ke stesyen bas Langgar atau stesyen bas Kota Bharu untuk suami Kak Awwa tuntut di sana. Kak Awwa call sekali lagi, tetapi malangnya hp tersebut sudah di off. Kak Awwa tinggal mesej dan sebagainya. Tak mahu menuduh siapa yang mengambilnya tetapi kalau dah suami Kak Awwa keluar paling akhir siapa lagi yang ada dalam bas itu kalau bukan pemandu dan konduktornya. Apa-apapun tidak mahu menuduh, tetapi kalau dia jujur dia call Kak Awwa balik maklumkan yang hp Samsung tertinggal di atas kusyen atau sebagainya. Tetapi ini tidak, telefon tu tak sampai sebulan suami Kak Awwa beli. Kalau nak kata canggih memang cukup lengkap lah dengan video, kamera dan sebagainya. Tetapi apa nak buat dah tak ada rezeki tak mahu fikir. Suami Kak Awwa kata dia tak mahu beli hp canggih lagi cukuplah beli yang seconhand. Kalau Kak Awwa jadi orang tu, Kak Awwa tak akan mengambil barang yang bukan hak kita. So lu pklah sendiri...........
0 comments:
Post a Comment