andai ini takdirnya utkku

Sunday, January 10, 2010

bukan mudah hendak ku melupakan

Bukan senang hendak lupa kenangan ketika di PJ. Ketika melangkah keluar pada 1 Jan 2010 hari itu Lea sempat mengali pokok bunga ros. Hampir lima tahun pokok itu Kak Awwa tanam di atas tanah tentu sudah besar, akarnya sudah menjalar di mana-mana. Kata Lea kalau dia tak ambil sayang kalau di tinggalkan. Nak harap Kak Awwa cuma ambil mana-mana pasu yang kecik je.

Sedih memang sedih hendak meninggalkan rumah dan tempat itu. Tetapi kata Lea walau bagaimana sedih sekalipun itu tetap rumah orang. Pada hari ahad 3 Jan Kak Awwa dan suami masih lagi datang ke rumah itu, untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. Terima kasih kepada Abang Zubillah yang sudi membawa kami. Nyamuk-nyamuk di situ agak kelaparan kerana sudah tidak berpenghuni. Habis merah muka dan tangan di gigit nyamuk. Maklumlah hujung bulan Dis kontrak potong rumput sudah tamat. Rumah itu akan kembali seperti dulu-dulu. Tahun 2010 tiga buah rumah di lorong 11/B harus di kosongkan untuk di baik pulih.

Tanah di sini sekangkang kera, itupun di tumbuhi lalang...tetapi sudah di potong ejen rumah ini. Kalau di sana hendak keluar rumah takut nyamuk, tetapi di sini Kak Awwa geli dengan ulat hitam tetapi bukan ulat gonggok. Tingkap sentiasa bertutup, kalau buka masuk lalat. Maklumlah di PJ walaupun nyamuk banyak tapi ada jaring, lalat dan nyamuk tak boleh nak masuk. Bukan senang hendak menyesuaikan diri bila sudah lama tidak ada jiran. Sesekali Kak Awwa menegur keluarga India. Alhamdulillah nampak sepeti baik, tak kiralah apa bangsapun asalkan kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. Ketika tinggal di PJ pun Kak Awwa tiada jiran untuk bertanya khabar. Yang ada cuma pembantu rumah Indonesia...

Sebelum dapat rumah di sini Lea cadangkan beberapa buah rumah flet untuk Kak Awwa, di Sungai Buluh, Puchong dan Sentul. Cuma di Sungai Buluh sahaja yang ada lif. Tingkat empat lagi tu...alangkan nak naik tangga untuk ke bilikpun Kak Awwa rasa tak larat inikan pulak nak panjat tingkat 4. Fikir punya fikir baiklah sewa kat sini sahaja. Rumah-rumah di sinipun agak murah. Untuk di jualpun berbaloi. Rasanya lebih elok dari tinggal di Bukit Beruntung atau di Bukit Sentosa ya ampun tak sanggup.....

Di sini Kak Awwa harus mencari kawan-kawan. Betapa rindunya untuk mengaji Quran berguru. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Azam tahun baru??? Entahlah....cuma doa Kak Awwa semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Dah berusia-usia begini tidak ada apa yang di ingat melainkan kematian dan ingin melihat anakku berjaya dalam hidupnya.......

2 comments:

tmpat baru suasana pun bru nanti ada le kwn bru

ya sempena tahun baru..tp bukan sng nak lupa tmpt lama..