andai ini takdirnya utkku

Saturday, January 9, 2010

Hijrah~ dari banglo ke teres


Bismillahirahmanirahim Syukur alhamdulillah setelah sekian lama menyepi kini Kak Awwa kembali. Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak Awwa mengucapkan salam Maal hijrah 1431 dan tahun baru masihi 2010. Begitu cepatnya masa berlalu. Masuk hari ni sudah 10 hari Kak Awwa berhijrah dari PJ ke rumah no 62 Jalan Birch....di sebuah rumah teres dua tingkat. Dua bilik kecil di bawah dan dengan tangga penuh dengan barang-barang. Kalau di PJ empat bilik besar-besar, di sini tersangat kecil cuma bilik kat atas sahaja besar.

Berhari-hari mengemas barang-barang hanya kami berdua sahaja, letih dan penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yalah dah barang-barang kita mestilah kita yang mengemas kalau suruh orang lain diorang tidak akan tahu mana yang kita hendak atau tidak. Contohnya buku dan kertas-kertas kalau di jual berduit jugak...tetapi sayangnya apek beli surat khabar lama tak datang-datang walaupun Kak Awwa tunggu berhari-hari. Terpaksa amanahkan orang-orang yang menjaga rumah ini supaya menjualnya dan duitnya pandai-pandailah nak ambik atau sedekah kat mana-mana. Bukan sampah yang kami tinggalkan tetapi sampah berduit.

26 Dis 2009 pindah barang-barang ke sini dari PJ. Pagi tu Lea dan suaminya datang menolong angkat barang-barang ke dalam lori di bantu beberapa kawan pejabat suamiku, termasuk kawan lama kami yang bersusah payah menolong mencari rumah untuk kami. Lea yang membawa sarapan pagi, padahal kami sudah membeli beberapa bungkus nasi. Selesai memunggah barang ke dalam lori tepat jam 12.00 kami bertolak dari PJ ke sini. Kali ini Asnor kawan suamiku yang memandu keretaku. Tak sangka rupanya masih ada yang sudi membantu di saat kami memerlukannya alhamdulillah......

Memandangkan air dan api masih belum ada( banyak menguji kesabaran Kak Awwa ketika ini, geram nak marahpun ada, sepertilah kami ini tidak berperasaan). Kak Awwa masih lagi tinggal di PJ selama enam hari sehinggalah ejen memberitahu yang air dan api sudah masuk. Pada 1 Jan 2010 tepat jam 10.00 pagi Kak Awwa di hantar Lea dan suaminya ke sini. Suaminya memandu kereta protonku. Manakala Kak Awwa bersama Lea dan anak-anaknya. Tibanya di sini Lea dan suami tak duduk diam mengemas dan menolak beberapa almari yang tak mampu kami lakukan ke dalam bilik. Termenung Kak Awwa bila Lea hendak pulang...dia pula susah hati nak tinggal Kak Awwa katanya dia takut Kak Awwa sukar hendak pergi beli barang-barang dapur. Alhamdulillah di sini semuanya dekat, cuma kami kena beranikan diri memandu biarpun tidak ada lesen. Suami Kak Awwa cuma ambil test sahaja lagi. Tetapi dek kesuntukan masa benda yang pentingpun jadi tertangguh begitu sahaja.

Di sini tidak seperti PJ, tidak sesibuk mana, Kak Awwa dan suami memberanikan diri memandu untuk membeli barang keperluan. Walau di mana berada hidup mesti di teruskan. Dah nama lagi rumah sewa tidak sesempurna yang kita harapkan. Memang menguji kesabaran, banyak sangat yang tak mampu Kak Awwa ceritakan. Kepada Lea dan keluarga, Asnor dan kawan-kawan suami terima kasih kerana sudi membantu kami. Abang Zubillah biarpun tak sihat sudi menolong kami datang jauh dari Rawang. Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya. Alhamdulillah kerana Hafiz belajar di Kelantan tak payah hendak tukar-tukar sekolahnya. Kenangan di Section 11 PJ pasti menjadi memori indah dalam hidup.... banyak sangat. Bulan April 2010 lima tahun Kak Awwa di sana. Tetapi kami terpaksa keluar awal kerana keadaan rumah itupun yang semakin teruk bocornya. Jauhnya Kak Awwa dengan kawan-kawan. Harapan Kak Awwa walau di mana berada silaturahim tidak akan pudar. Terima kasih kepada Epel yang sudi sms Kak Awwa....

Di sini Kak Awwa berjirankan India dan banyak rumah yang masih kosong. Katanya ada tuan tetapi tak mahu di beri sewa takut rosak, padahal rumah yang di tinggalkan lebih teruk, gril di curi orang dan pintu-pintu di pecahkan.....
sayangnya....

4 comments:

salam kak, lama x update.. dah pindah ye, moga akak ceria ye

salam maiyah..yer maiyah dah pindah ke tempat baru...terima kasih kerana sudi memberi komen...biapun akak jarang masuk ke blg maiyah...

salam awwa,
oo dah pindah, patutpun..moga2 tempat baru memberi harapan baru..
buatlah apo2 yg boleh koho koho deh..

salam k.wan...yer dah pindah...hrp2 k.wan pun dpt pindah ke kelate ek...