Pagi semalam pergi ke majlis forum maulidur rasul, panelnya ustaz Ghazali yang selalu keluar di suara mimbar di radio Selangor dan seorang panel entah lupa pulak namanya. Kebetulan Kak Ayu tak dapat pergi semalam tu rasa tak seronok sangat. Kak Awwa terpaksalah pergi awal dengan suami. Kalau tidak tak ada nak parking. Selalunya dia parking kat bawah pokok di luar surau kalau dia pergi sorang-sorang. Bukan nak cerita apa, tetapi entahlah kekadang kita ni rasa terasing sangatlah di sini. Yalah setakat tegur duk tang mana, datang dengan apa biasalah. Kak Awwa kata kat suami kalau hari minggu tu pergilah solat jemaah di surau atau masjid. Dah di sini ada peluang dan kemudahan. Kalau hari kerja payahlah nak pergi,dah lah pukul 9.00 lebih baru sampai rumah. Di PJ lainlah dekat ngan KL jam 6.00...