andai ini takdirnya utkku

Tuesday, September 21, 2010

semuanya sudah berubah

Bulan ramadhan berlalu sudah, rayapun sudah. Tidak ada apa yang menarik melainkan cerita pulang kampung. Itupun tidak ada gambar kenangan apa lagi gambar raya lantaran kamera dan hp pun dah kojol. Tidak mengapa yang penting dapat melihat kedua ibu bapaku.

Mek aku dah kurus kesiannya, tidak seperti dulu, selalu pengsan sebelum di sahkan darah tinggi. Allah...sebelum ni mek jarang sakit...tetapi bila dah sakit teruklah pula. Makanpun sudah tidak berselera lagi...kata mek dah lama dah sihat, dah lama dah makan..sekali sekala tak makan tak apalah. Untuk menguatkan tenaga mek cuma minum susu dan menjamah sedikit nasi, itupun tidak pernah habis.

Sedihnya nak balik hari tu..entahlah banyak cerita tp tak semua mesti di kongsi di blog. Untuk mek dan ayah, ku doakan semoga terus sihat dan terima kasih kepada semua abang dan kakak yang selalu mengambil berat tentang kesihatan mek dan ayah amiin..

Hafiz belajar rajin2 nak walaupun banyak dugaan yang telah kita lalui malahan keluargapun tidak semuanya faham...namun doa ibu hanya satu semoga anakku berjaya di dunia dan akhirat. Usah di hirau apa orang kata kerana mereka tidak pernah berada di tempat kita dan mereka tidak akan faham andai di jelaskan........biarkanlah suka duka hanya kita yang tahu. Semoga satu hari nanti sang mentari kan bersinar menyinari hidup kita....tidak di dunia tetapi nun di SANA amiin...

2 comments:

salam aidilfitri kak awwa..mek kak awwa sama mcm mak mertua am..makan sedikit sangat, seleranya tiada. Kita pun akan ke masa itu kak...
InsyaAllah...Allah dah janjikan-selepas setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.

salam Am..tu lah sedih sangat..yalah kan...kita ni dah lah duk jauh nak balik pun susah...ni duk ingatlah ni..x taulah doktor kata ada masalah jantung gak..dah gi jumpe pakar...