andai ini takdirnya utkku

Saturday, January 14, 2012

Urusan yang belum selesai

Sebagai manusia biasa sudah pasti kita melalui berbagai dugaan dalam kehidupan, kesenangan, kesusahan, kelaparan yang paling menyedihkan kematian. Tetapi alhamdulillah setakat ini tidak ada lagi yang paling berat yang menimpa hidupku. Bukan tidak ada langsung tetapi semua itu aku harungi dengan tabah dan redha. Alhamdulillah ucapan syukur sentiasa di bibir, walau apapun keadaan ucapkanlah alhamdulillah kata Ustaz Hanafi supaya hati akan menjadi tenang.

Alhamdulillah kerana anakku bakal mengambil SPM, dan dia memberi kesungguhan untuk belajar walaupun sudah lama dia tidak belajar akademik lantaran untuk menumpu sepenuh hati kepada pengajian di Madrasah Muhamadiyah. Aku tidak mahu anakku rasa tertekan cuma aku katakan kepadanya ini semua demi masa depanmu nak. Kamu ada cita2, manalah tahu berkat kesungguhanmu akan mencapai kejayaan yang tak di sangka2. Pun begitu ibu tidak mendesakmu kerana ini adalah sesuatu yang baru buatmu. Buatlah apa yang termampu. Andai sebaliknya redhalah. Cuma ibu berpesan kepadamu nak...semoga apa yang kamu pelajari di maahad akan sentiasa berbekas di hatimu.

Sebagaimana beratnya hatimu untuk meninggalkan kenangan suka di duka di madrasah itu begitu jugalah ibu yang pertama kali menjejakkan kaki di madrasah awal tahun ini. Sangat tenang bila melihat wajah2 pelajar yang sentoasa jernih air mukanya, berseri terpancar nur keimanan di wajah masing2...Subhanallah. Dua tahun belajar di sana pasti banyak kenangan suka duka yang kamu tempuhi. Kenangan bertemu dengan Sultan Muhammad ke5 ,pergi baca yassin di istana, bertemu artis2 nasyid yang datang ke Balai Islam pasti terpahat kemas di sanubarimu.


Ahh...sayangnya nak kamu tidak berminat menulis blog, kalau tidak pasti lebih detail lagi penceritaan ini. Hari ini suamiku sewa kereta untuk menghantar barang2 ke rumah sewamu. Dalam hati ini terasa sedikit gusar, maklumlah berkongsi bilik dengan kawan yang baru di kenali. Bagaimanakan kawan itu baik kah? Perwatakannya bagaimana? Tidak seperti kawan2 di madrasah yang sentiasa mengambil berat kebajikan kawan2, susah senang hadapi bersama. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan dirimu dengan kawan2 yang baik aminnn....

Walau di mana kamu berada jangan kamu lupa solat, mengaji quran tiap2 hari dan jangan terlalu leka kerana silap kamu melangkah sesal tak sudah. Tumpukan sepenuh hatimu...Insya allah kamu boleh...INSYA ALLAH....

0 comments: