andai ini takdirnya utkku

Friday, January 13, 2012

menuju redha Ilahi

Bismillahhirahmani rahim

Ya Allah betapa beratnya ku rasa bebananku sekarang. Kusut fikiran memikirkan anakanda tercinta yang bakal menduduki peperiksaan yang paling besar dalam hidupnya iaitu SPM. Madrasah Muhamadiyah terpaksa di tinggalkan selama setahun demi laluan kepada SPM, lantaran anakandaku tak dapat nak beri tumpuan kerana belajar berlebihan antara ilmu dunia dan ugama. Betapa beratnya Ustaz Nazri melepaskan Hafiz kerana Hafiz merupakan pelajar yang tidak pernah buat masalah di madrasah itu, mematuhi segala arahan ustaz2, di lantik menjadi bendahari. Kata ustaz lepas SPM habis sambung belajar balik di madrasah. Insya Allah ustaz....Hafiz akan sambung belajar lagi di madrasah ....tetapi andai di takdirkan Hafiz ada peluang ke mana2 Universiti mungkin Hafiz akan belajar di waktu cuti sahaja. Jauhnya angan2 aku ni. Sudah pasti sebagai ibu aku hendak yang terbaik untuk anakandaku.

Memandang kan Madrasah Muhamadiyah setengah jam perjalanan dari situ ke bandar KB. Pagi2 lagi Hafiz menumpang ustaz keluar ke KB. Balik dengan bas, kadang2 bas lambat. Bila di campur tolak baik Hafiz duk menyewa dengan kawan2 sekelas dia di KB sahaja, lima minit jalan kaki sudah sampai ke sekolah, tak adalah masa terbuang begitu sahaja. Bila balik letih kerana masa di madrasah terlalu penuh. Biarlah Hafiz beri tumpuan untuk SPM dulu. Bukan tak boleh nak ambik umur 18 dan 19 seperti kawan2nya. Tp kata cikgu lebih baik dia ambik sekarang.

Bukan mengejar dunia tetapi dua2nya penting demi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, demi masa depannya. Bukanlah bermakna belajar ugama itu tidak ada masa depan tetapi sudah lumrah hidup di Malaysia kena ada SPM, kalau tak ada sijil itu tidak dapat pergi jauh. Manalah tahu ada rezekimu cerah, peluang sudah ada di depan mata teruskan lah anakku. Niatkanlah apa jua yang kamu belajar itu kerana Allah. Ibu dan ayah hanya mampu berdoa di kejauhan ini.

Dalam pada itu ibu merasa sangat sedih kerana di saat seperti ini kita terpaksa berjauhan, kalau bukan kerana terpaksa ibu pun tidak rela kita berjauhan begini. Mungkin sudah ditakdirkan begini kita redha sahajalah nak. Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Mungkin selepas ini kita akan berkumpul seperti dulu. Insya Allah....

Hari ini sudah dua minggu anakanda belajar di sekolah swasta di bandar Kota Bharu. Ibu percaya di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Ibu doakan yang terbaik semoga anakanda berjaya cemerlang di dunia dan akhirat. Ya Allah bantulah anakku memahami segala yang di ajar guru2 kepadanya....amin.....

2 comments:

insyaAllah ...saya juga doakan kejayaan bagi dia dan ketenangan bagi puan juga

terima kasih kak hani..itulah satu2nya buah hati sy...