Tidak sedetikpun aku melupaimu wahai ibuku. di mana2 ada wajahmu yang tersenyum manis, rindunya hati ini ingin bertemu ibu yang sangat ku kasihi. Sebelum ini aku hanya menyabarkan kawan2 bila ada kematian, tetapi kini aku sendiri yang mengalaminya. Bila merinduimu ibu hati ini menangis...
Mek bukan orang tak redha mek pergi meninggalkan orang, tp orang sedih kerana orang hanya sempat menatap wajah mek sahaja, orang tak boleh nak mandikan mek buat kali terakhir. Inilah harga yang harus di bayar bila kita berjauhan. Tp orang bersyukur sangat kerana orang kerap balik kampung bertemu dengan mek.
Kalau dulu bila orang telefon bertanya khabar mek, tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Walaupun ayah masih ada tapi tak sama mek. Orang masih menganggap mek masih ada duduk dekat sofa dekat...