andai ini takdirnya utkku

Saturday, January 18, 2014

merinduimu

Tidak sedetikpun aku melupaimu wahai ibuku. di mana2 ada wajahmu yang tersenyum manis, rindunya hati ini ingin bertemu ibu yang sangat ku kasihi. Sebelum ini aku hanya menyabarkan kawan2 bila ada kematian, tetapi kini aku sendiri yang mengalaminya. Bila merinduimu ibu hati ini menangis...


Mek bukan orang tak redha mek pergi meninggalkan orang, tp orang sedih kerana orang hanya sempat menatap wajah mek sahaja, orang tak boleh nak mandikan mek buat kali terakhir. Inilah harga yang harus di bayar bila kita berjauhan. Tp orang bersyukur sangat kerana orang kerap balik kampung bertemu dengan mek.


Kalau dulu bila orang telefon bertanya khabar mek, tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Walaupun ayah masih ada tapi tak sama mek. Orang masih menganggap mek masih ada duduk dekat sofa dekat tingkap. 


Mek orang tak kan lupa segala kenangan kasih sayang dan pengorbanan mek kepada kami adik beradik. Sampai ke akhir hayat orang, orang akan buat tahlil dan berdoa untuk mek. Itulah sahaja yang dapat orang lakukan demi kasih dan sayang orang kepada mek. Hari ini sudah lima belas hari mek pergi meninggalkan kami. Terasa sunyi tanpa mek. Setiap detik orang terbayang2 bagaimana mek begitu sukarnya berjalan, tetapi mek seorang yang berdikari, mek tak mau kami anak2 memandikan mek, kata mek ,mek boleh buat sendiri. 


Hari jumaat kata K.Za mek hampir2 jatuh kerana terlalu lemah, jam dua pagi mek seolah2 tahu yang mek akan meninggalkan kami, mek buang segala kekotoran. Sehingga mek menghembuskan nafas yang terakhir jam lima belas  mek dalam keadaan bersih tanpa mengeluarkan apa2 kekotoran, Masya Allah...


Ya Allah Ya Tuhanku Engkaulah Tuhan yang punya semua di atas muka bumi ini. Engkau ampunkanlah segala dosa2 ibu dan ayahku. Engkau jauhilah ibuku dari azab kuburmu, Engkau luaskanlah kubur ibuku seluas2nya. Engkau terangkanlah kubur ibuku dengan kasih sayangMu..Engkau terimakanlah segala amal ibadat ibuku dan sedekah jariah ibu. Engkaulah pandangkanlah ibuku dengan kasih sayang Mu.


Amiiin...



0 comments: