andai ini takdirnya utkku

Wednesday, July 30, 2008

rindunya kenangan lalu

Hari ini merupakan hari Israk Mikraj. Entah ke kali yang ke berapa belas aku tidak bersama keluargaku meraikan malam Israk Mikraj. Kenangan ketika bersama mereka masih segar di ingatan. Malam Israk Mikraj orang kampung masing-masing me,mbawa juadah ke masjid kerana ada jamuan sempena Israk Mikraj. Ada ceramah agama. Ketika usiaku belum meningkat remaja aku selalu mengikut emak dan ayah ke masjid, apa lagi bila sambutan Israk Mikraj. Tetapi bila usiaku meningkat remaja aku terasa malu pula dengan kekurangan diriku. Ya sudah pastinya sebagai anak gadis remaja perasaan itu pasti terbit jua.

Masih kuingat lagi ketika itu, aku Leha,Imah, dan beberapa rakan sepermainan bertukar-tukar juadahmakan bersama-sama. Ada puteri mandi, buah melaka, lompat tikam dan bermacam-macam kuih yang ada. Yang paling aku gemari ketika itu kuih yang di salut dengan beras hancur warna putih-putih ada inti kelapa di taruk dengan gula melaka...tetapi kalu tak silap oghe Kelate panggil nama kuih tu berolok..hah kena sebut biar betul..bukannya buat olok-olok pulak hehehe. Minta maaf biarpun itu kuih kegemaranku tetapi aku sudah lupa apa ke nama kuih itu. Mungkin ada kekawan yang berasal dari Kelantan tahu apa nama kuih tu selain dari berolok. Orang yang pandai buat kuih tu adalah kakak sulung emakku iaitu mak longku yang sudah uzur.

Itu belum masuk bulan ramadhan di pertengahan puasa ada nasi hidang/nasi hidee iaitu nasi dan lauk pauk yang di masak di rumah, dan di bawa untuk berbuka puasa di surau atau masjid. Orang Kelantan panggil nasi hidang, tukang memasaknya adalah kakak dan kakak iparku, manakala emak aku arah saja apa yang hendak di masak, dari lauk pauk dan kuih muih lagi. Aku memanglah orang yang tahu makan saja ketika itu. Ah! kenangan itu pasti tidak akan padam dalam ingatanku. Kini tiada lagi semua itu. Tetapi rasanya suasana seperti ini masih ada lagi kalau pulang ke kampung halaman sendiri.

Bercerita tentang mangkuktingkat.com pulaklah, aku sambung lagi untuk bulan lapan, insya Allah seterusnyalah. Setelah mula dengan percubaan hinggalah ke hari ini aku rasa berbaloi dengan mangkuktingkat.com, kakak yang menghantar tu pun baik. Memandangkan di rumah aku mempunyai buah belimbing buluh kakak itu akan mengambil sekali sekala untuk buat masakan. Buah belimbing tidak membazir, dapat jalin silaturahim lagi. Kalau tidak buah itu selalu gugur sayangnya. Kalau aku tinggal di tempat lain kalau nak makan buah belimbing buluh kena belilah jawablah. Dapatpun yang dah tak elok.

Entah mengapa dua tiga hari ini asyik nak makan buah binjai seperti orang mengidam pulak hehehe. Yalah masa sekolah dulu selalu makan buah binjai yang di ambil di rumah kawan baikku Aisyah. Dah lama aku tidak merasa buah tersebut, rasa kecur betul bila kawan bercerita tentang buah binjai dan sambal belacan. Puas cari di pasar tani tak jumpa, kalau balik di kampung pasti dah dapat menikmati buah binjai yang masam-masam manis ni. Masih ingat lagi ketika aku tinggal bersama emak mertua di Kedah tahun 1995, masa tu mengandungkan Hafiz, teringin sangat nak makan buah tu...tetapi tak dapat-dapat. Dalam pantang baru ada emak mertuaku buat sambal belacan. Susahnya nak dapatkan buah itu di sana, orangpun tak berapa kenal kot, sebab itu buah dulu-dulu. Mungkin dah nak pupus kot pokoknya. Errr sori lah tak tau nak cerita apa. Selamat berbuka puasa.

p/s alhamdulillah petang ni dah dapat dah buah binjai suami yang beli di pasar tani, hah ambik beli sekilo...14 tahun tak jumpa buah tu..baunya wangi sangat.........trylah..sayangnya tak leh ambik gambar sebab Hafiz dah bawak kamera di asramanya...rasanya ada yang kenal dengan buah binjai ni......

2 comments:

Salam Awwa..

Mengimbau kenangan lama yea..

Pengalaman masa lalu tak dapat diganti dengan apa jua, walau kat mana pun kita pergi, setinggi mana pun belajar or berpangkat kita masih tetap ingat masa lalu kita kan..

yer akak..rindu jg halaman kenangan lama pasti tidak akan padam...kalaulah boleh di putar balik ingin terasanya melalui saat itu kembali kan......