andai ini takdirnya utkku

Tuesday, June 28, 2011

surat

Orang dulu2 kalau bertanya khabar hanya melalui surat, kalau yang penting sikit hantar aje telegram, telefon dah ada tetapi bagi yang kurang berkemampuan seperti aku dan keluarga suratlah yang menjadi perantaraan, menghubung silaturahim dll. Tak kurang juga aku, mencari kenalanpun dengan menulis surat,hatta bertemu jodohpun melalui surat. Tetapi zaman serba serbi canggih ni ada telefon facebook, my space twitter dll.

Dua tiga hari lepas...jiran aku menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Rupanya posmen tak tahu rumah no 42 sebab rumah aku tak ada nombor. Aku sengaja tak mahu tulis nombor(nombor dah kena cat) sebab bagi aku kalau dah depan rumah aku 43 rumah aku 42 le.

Surat dari suamiku tercinta...surat wasiat supaya aku menjaga Hafiz sebaik mungkin, berikan ilmu ugama seckupnya. Allah Allah Allah terkedu aku, sedihpun ada...aku tahu sepanjang aku hidup bersama sudah pasti akulah yang banyak menyakiti, menyinggung hati dan perasaan suamiku. Kekadang aku merajuk walaupun perkara yang remeh temeh. Hati aku rawan....terkenang kesilapan2 yang aku lakukan...sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.

Sepanjang tujuh belas tahun bukan dia tidak pernah mengirimkan aku sura dan kad, tetpi kli ini agak berlainan. Bila aku tanya kenapa hantar surat katanya terkenang ketika kita mula2 berkenalan dulu, ketika itu suamiku baru pulang dari USA. Seorang isteri harus menghormati suaminya walau bagaimanapun keadaan suaminya...hensem ke tak hensem ke itulah suamiku. Dialah seorang lelaki mulia yang sanggup menikahi aku yang lebih banyak kekurangan darinya.

Kini aku sedar tahap kesihatan suamiku semakinn kronik. Mampukah aku menghaarungi hidup sendirian andai di takdirkan dia di panggil Tuhan? Ya Allah andainya dapat di beri aku kesempatan aku ingin menabur bakti sebanyak yang mungkin. Kita sama2 ingin ke tanah suci Mekah, ingin meihat anak kita membesar dan berkeluarga. Jangan di ambil lagi orang yang aku sayangi ya Allah. Tanpanya bagaimana harus aku menjalani kehidupan ini?

Malam tadi dia di tahan sebentar di ward. Seperti biasa aku tidak mampu menemaninya,sehinggakan suamiku tinggal di hotel. Dalam keadaan begitu dia sendirian. Isteri apakah aku ini? Allah Engkau lebih mengerti. Aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Kuatkanlah semangat aku, teguhkanlah iman aku, berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi apa jua dugaan.

4 comments:

akk, brsabr dan terus tawakkal...ssungghnya dlm hdup ini bnyk rahsia Ilahi yg kita tidk prnh jangka @ ketahui. Sy bangga dgn akk, wlu bnyk dugaan dan rintangan yg tlh akk tmpuhi tp akk tetp Tabah! Sy doakn moga yg trbaik akn trjadi dlm hdup akk tp jika sbaliknya yg brlaku tetpkn iman dan kesabarn akk kerna ssungghnya DIA tidak akn mguji hambaNya dgn ujian yg tidk mampu d tmpuhi mereka...

terima kasih rose...suami akak masuk wad tp akak tak mampu nakbuat apa2...akak hanya mampu berserah andai ada umur panjang jodoh kita kan bertemu lagi..apa2pun aku redha ya Allah...aku redha

....terus titipkan doa pdNya akk, sesungguhnya DIA Maha Mendengar! sy prcaya walau dr jauh suami akk tahu yg akk sntiasa ada dcc, itu yg plg pntg...

WANITA DI SISI ALLAH

19 Hadis nabi mengenai wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuann lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.