andai ini takdirnya utkku

Saturday, March 1, 2008

Happy birthday to me

19 Februari 2008 yang lepas suamiku menyambut birthdaynya manakala hari ini 2 Mac 2008 giliran aku pula, kami di takdirkan bertemu jodoh di bawah naugan bintang yang sama iaitu pisces( aku tak ambil kisahpun tentang bintang ni). Pagi-pagi lagi mendapat sms dari suami yang kini berada di kampungnya di utara dengan ayat-ayat romantiknya. Alahai tak payah canang satu dunialah ucapan suami untuk isterinya. Dah suami isteri biasalah tentulah ayat-ayat kasih sayang cinta dan rindu cewah. Dah dapat kek coklat dari suamiku petang jumaat. Nak makan teringat kan anakku, itulah hati seorang ibu kalau nak makan apa saja terkenangkan anaknya. Petang sabtu terima sms dari Lea katanya nak datang ke rumahku, lama tak jumpa dia rindu sangat.......

Suamiku pulang ke kampung untuk mengemas barangnya sementara rumah ibu mertuaku di kampung akan di baik pulih( aku bukannya tak nak pulang bersama suamiku... tetapi aku rasa tak seronok kerana selalunya anakku pulang sama, kalau aku nak pulang aku ingin bersama dengan anakku, memanglah suami berat hati nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah, tetapi aku tak takutpun). Kalau nak diikutkan memang banyak barang-barang yang kami tinggal di sana, segala buku-buku berharga yang di bawa pulang dari US masih banyak lagi tinggal di kampung, ada yang menjadi habuan tikus dan lipas sayangnya kerana kalau nak beli kat sini takde. Apa tidaknya mak mertuaku mana larat nak jaga tiga rumah, di rumah suaminya( ayah tiri suamiku), di pondok dan di kampung. Emak mengambil keputusan untuk jualkan saja pondok dan tinggal di kampung, kerana di kampungpun banyak kemudahannya, masjid dekat klinikpun dekat . Masih ingat lagi ketika aku tinggal di kampung suamiku, di klinik desa itulah aku dan suami membawa anakku untuk di beri suntikan. Besar harapan mak kalau aku hamil lagi katanya nak suruh pergi klinik desa itu lagi kerana terlalu dekat sangat dengan rumah, berdekatan dengan masjid. Besarnya harapan mak mertua aku tu, tetapi mana mungkin aku akan tinggal di sana, kerana di sinilah tempat kami mencari rezeki.

Nampaknya umurku meningkat ke satu angka lagi. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Umur pasti mengejar kita, ayat-ayat yang sama, kecil akan besar, muda akan tua, lepas tu jangan lupa rumah kata pergi kubur kata mari, buatlah amal sebelum mati, kerana mati pasti akan datang jua menjemput kita( sudah cukupkah bekalan kita menuju ke sana?). Bukan masanya untuk bersuka ria, cuma aku agak tak faham dengan manusia sekarang nie...umur dah separuh abad tetapi masih lagi tak sedar diri. Tetapi aku selalu berdoa kepada Allah s.w.t semoga di tetapkan imanku, di panjang umurku, suamiku dan anakku kerana kami ingin beribadat kepadaMU dan ingin melihat anakku membesar depan mataku menjadi anak yang soleh, mudah-mudahan doaku di kabulkan........

Selalunya kalau suamiku pulang ke kampung anakku ada menemaniku, tetapi semenjak dia tinggal di asrama nampaknya bersendirianlah aku sementara menunggu kepulangan suamiku. Semua tu dah kira biasa dah bagiku...ayah mertuaku selalu tanya aku tak takut ke tinggal bersendirian? nak takut apa kita tinggal dalam rumah bukannya kat luar rumah. Minta perlindungan dari Allah semoga semuanya selamat. Happy birthday too me semoga di panjangkan umurku, dan dimurahkan reseki.... semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini.

Tengahari tadi aku meraikan bersama Lea...akupun tidak tahu bila aku memberitahunya tarikh birthday aku kepadanya, setibanya dia di rumahku dia wishkan aku hepi besday semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, ni saya masak untuk awak kari daging, bihun n nasi putih, rezeki jangan di tolak, aku tak sangka kerana aku tak cakappun yang hari ni birthday aku( mungkin aku terlupa kot). Lea memang begitu terlalu mengambil berat tentang diri aku, semoga di murahkan rezekinya dan di beri kebahagiaan dunia akhirat untuknya ameennn.......

p/s takde gambar kek separuh dari kek coklat dah aku makan bersama Lea tadi....simpan untuk anakku separuh huhuhu.....

2 comments:

selamat ulangtahun kelahiran kak awwa, semoga di tetapkan iman , sihat tubuh badan, kesenangan harta benda juga kesejahteraan suami isteri juga keluarga.

semoga kak awwa dilindungi Allah dari segala kesempitan atau kerumitan dan dibuka seluas2nya pintu rezeki.

mekasih kak jie ya..insyaallah mudahan di panjangkan usia di murahkan rezeki amennn