Monday, April 14, 2008

tulip bersalji










anak-anak Ayong sekali pandang seperti anak orang Jepun ....comel....









tak ubah seperti ais krim....rasa nak makan pulak....










Dua tiga hari lepas aku menerima emel dari rakan cyberku yang ku panggil Ayong, dia lah insan pertama yang kukenali di alam cyber( dalam grup keluarga 1999) tanpa bersua muka...cuma mengenali wajahnya melalui gambar-gambar yang di kirimkan untukku. Sudah berkali-kali aku menanyakan namanya tetapi dia tetap tidak bagitahu sedangkan nama suami dan anak-anaknya tidak berahsia pulak dia.


Biarpun tidak pernah bersua muka, tetapi ketika dia masih tinggal di Sarawak sebelum dia dan anak-anaknya terbang ke UK dia pernah beberapa kali mengirimkan aku cenderahati dari Sarawak dan juga kain batik Sarawak tak lupa ketika dia ke Beijing dia tidak lupa membelikan aku sesuatu biarpun kecil tetapi aku amat menghargai pemberian teman-teman kepadaku.
sampai ke hari ini kami cuma berbalas emel...ketika dia masih di Sarawak adalah juga berbalas sms.

Aku teruja dengan gambar-gambar tulip yang bersalut salji ni cantik sangat....


0 comments: