andai ini takdirnya utkku

Thursday, April 3, 2008

blog tak laku

Assalamualaikum

Sudah lama aku tidak kemas kini blog ini, mungkin sudah bersawang dah, bukan tidak ada cerita terkini dan terbaru tetapi entahlah kalau terlalu personal takkan lah itupun hendak di updatekan di blog. Lamanya aku menyepi bukan bermakna aku tidak jenguk blog ini tetapi dek kerana banyak benda yang membuatkan diri ini bercelaru dengan urusan anak dan berbagainya lagi. Insyallah aku berdoa semoga segalanya akan baik-baik belaka.

sebenarnya dalam berblog aku tidak tahu bagaimana hendak menjadikan ianya laku seperti blog orang lain, ini mungkin jugak kerana aku ke blog orang tetapi aku tidak menyapa dan jauh sekali untuk aku tinggalkan link blogku, entah aku rasa malas pulak nak buat begitu segan hehehe. Bagiku sesiapa yang terjumpa blog ni di persilakanlah, kalau tidak itu nasib lah wahai blog yang sunyi sepi( suamiku kata kalau buat blog dapat duit okey jugak tetapi kalau blog biasa-biasa tak lakupun tak apa hehehe blog Atiesya itu sudah dapat ku kutip hasilnya). Aku memang lebih suka wordpress dari blog ni, tetapi kerana teruja nak mempunyai beberapa blog aku buat jugak blogspot ni. Kalau nak dikutkan aku mempunyai banyak blog personal, blogmyway yang baru di beri nafas baru tu pun satu ketika dulu kemain laku giler tu, kami sembang dengan kawan lama, KS, Keshi, Epel, Musafir Minda dan Fida, itu ajelah kawan cyber aku dulu( maklumlah blog tak glamer, menulispun entah apa-apa) tetapi kini entah sunyi sepi mungkin aku yang tidak pandai menjaga hati kawan mereka lari dah alahai siannya aku, tak apa terima kasih.

Di blogmyway aku bercerita tentang artis tentang Mawi, sebelum ianya aku godek sudah mencapai hits yang paling tinggi tetapi dek kerana aku terlalu pandai aku godek dia habislah hilang segalanya. Kini aku rasa ingin kembali semula kepangkuannya aku sayang kamu, kerana itulah blog pertamaku...blogmywaylah (http://www.blogmyway.org/?w=cahaya) sebagai titik permulaan untuk aku terjun ke dunia blog....

kekadang aku tanya diriku untuk apa aku berblog? kekadang aku nak lupakan dunia blog tetapi entah rasa mati kutu pulak kalau tidak berblog, padaku bloglah teman setiaku. Kepada teman-teman lama dan baru andainya ada salah dan silapku sepanjang aku berblog dan mengenali kalian aku mohon ampun dan maaf, manalah tahu kalau ada posting-posting yang tidak di senangi( biasalah manusia biasa tidak akan pernah terlepas dari salah dan silap, tetapi kata suamiku blog kita ikut kitalah nak tulis apapun cewah jawapan yang tidak enak di dengar), aku akui biarpun aku insan yang di lahirkan kurang upaya tidak semestinya aku harus menulis tentang keokuan aku sahaja. Ada seorang rakan yang aku temui di grup teratak ilmu dia ini oku lebih teruk dari aku tetapi dia tidak pernah merasa dirinya oku, aku ingin belajar darinya, biarpun dia masih muda tetapi banyak memberi motivasi buat aku. Terkenang kepada sahabatku Lea katanya oku fizikal bukan bermakna kurang segalanya kalau mempunyai akal yang waras.


Zaiton Sameon

Menaruh Harapan

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

( korus )
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

~masa sekolah-sekolah dulu aku cukup minat dengan lagu ni...lagu aje takde apa-apapun.....

0 comments: