andai ini takdirnya utkku

Monday, April 7, 2008

Dugaan

Assalamualaikum.....

Agaknya sekarang ni musim demam, jumaat yang lalu anakku Hafiz call dari asrama menyuruh ayahnya pergi menjemputnya di asrama. Sabtu pagi ayahnya ke sana, tak jenguk dia dua minggu dah macam-macam penyakit yang ada, batuk dan asthma akibat kipas yang di pasang sepanjang malam, kalau di rumahpun sehabis lewat aku bangun tutup kipas jam dua belas malam. ni kalau sepnjang malam memanglah membuatkan sesak nafasnya. Kalau setakat no satu di pasang tak apalah jugak tetapi ni sampai ke nombor lima, belum cukup sejuk di bukanya kipas dua tiga...kesiannya dia. Inilah dugaan buat kami oleh kerana bimbang ayahnya pergi membawanya jumpa doktor panel di Pusrawi di beri mc cuma dua hari sedangkan batuk tak henti-henti, Hafiz kalau datang batuk dan asthmanya lambat baik. Mau tak mau kami cuti sendiri call guru kelasnya di sekolah.

Terus terang aku katakan kalau diikutkan hati kecilku aku mahu Hafiz tinggal bersamaku, aku dapat melihat sakit demamnya, apa lagi dia ni pesakit asthma sepertiku jugak, genetik...tetapi apalah dayaku di tempatku masjid begitu jauh untuk Hafiz pergi solat jumaat. Kalau anakku bercuti dia pasti mengikut ayahnya bersolat jumaat bersama ayahnya. Kalau nak diikutkan rugilah selama seminggu tertinggal pelajaran tetapi bagiku kesihatan itu lebih penting dari segalanya tidak boleh di tukar ganti. selama seminggu dia di rumah, di samping aku memantaunya makan ubat dia kembali sihat alhamdulillah. Kalau nak ikutkan Hafiz ubatpun dia tak mahu makan tetapi sebagai ibu akulah yang pastikan dia makan ubat. Katanya di asrama kalau dia tutup kipas ada yang buka balik...itulah dugaan anak di asrama, memerlukan banyak kesabaran ibu bapa, apa lagi ibu bapa oku seperti kami ini.

Habis kisah bab Hafiz, ayahnya pulak dah dua hari tak pergi kerja demam panas sepanas-panasnya, pergi ke UH ambil darah tiga hari lagi baru tahu keputusannya bimbang takut kena denggi ke penyakit lamanya datang lagi, malam tidak boleh tidur, hari ni pergi jugak ke ofis nak ambil surat doktor katanya. Kekadang aku sedih bila kenangkan nasib suamiku satu pakej penyakit ada padanya. Itupun dugaan jugak buat aku, kalau tidak tiap-tiap tahun masuk ward tak sah. UH tu dah jadi rumah kedua dia, aku ni pergi tak pergi jenguk dia, dia dah tak kisah kerana di sana penjagaannya cukup rapi berbanding di rumah. Cuma satulah aku selalu berdoa moga-moga di panjangkan umur kami ni, supaya kami dapat membesar Hafiz sama-sama, bila Hafiz dah besar dah berjaya dalam hidupnya menjadi anak yang soleh kalau nak ambil nyawa kamipun ambillah, kami redha kerana tiap yang bernyawa akan merasai mati, cuma dalam waktu terdekat ini aku berdoa mudahan di panjangkan umur kami demi Hafiz, biarpun aku tahu ajal maut itu tidak mengenal tempat dan bila tibanya. Maaf ya ni bukannya luahan hati tetapi dari blog ni sunyi sepi lebih baik aku bercerita.............


0 comments: