rumah ini sudahpun berusia lima puluh tahun lebih dah, itulah banyak kerosakannya............
Sejak akhir-akhir ini di rumahku terpaksa berkongsi komputer yang satu ini setelah dua lagi komputer Hafiz dan laptop suamiku di serang virus. komputer Hafiz yang selalu aku gunapun dah rosak monitornya alahai nampaknya kalau nak beli yang baru tu tak berbaloi jugak untuk komputer tu, cari saja yang murah-murah senang ceritanya. Yang ni pun nyawa-nyawa ikan jugak...rasa macam patah kaki kalau takde komputer sendiri...
Pagi ni aku rasa nak lepaskan kegeraman aku di sini, kalau dulu aku selalu melepaskan kegeraman aku di blog wordpressku, tetapi sejak akhir-akhir ini rasa segan pulak nak luahkan apa yang terbuku kat situ...........
Petang semalam selepas aku manggakan gril depan rumahku, jiran(cina... lelaki) di bawah datang ke rumahku dia hello kat aku, biasanya kalau aku di rumah aku guna kerusi roda sebab aku tak larat nak bergerak dalam rumah ni. Suamiku pula ketika itu nak ke bilik air mengambil wuduk bersolat asar...
dia ni memang bersopan sungguh dalam bahasa yang lemah lembut tak seperti jiran depan rumah aku tu Melayu ketika aku mula-mula datang sini anakku terletak sampah di bawah pokok tepi jalan dekat rumahnya( masa mula-mula datang sini (tiga tahun yang lalu di bulan ramadhan, tabiat orang kita dalam bulan yang muliapun tak reti nak berbahasa sopan) tak tau pulak kalau letak sampah di bawah pokok sementara menanti lori sampah angkut tu menjadi kesalahan pulak, maklumlah tika itu kan mula-mula datang sini). Dia datang ke rumahku memarahi aku dan kononnya dia nak beli tong sampah kalau aku tak de tong sampah tapi sampai kehari ni habukpun tarak maaa auta dia ni. Masihku ingat lagi kata-katanya.....ketika itu van datang mengambil anakku ke sekolah manakala diapun kat pagar sedang membebel macam pompuan. Aku tak taulah masa tu aku dah rasa nak tutup sahaja pintu rumah biar diatu melalak sorang-sorang kat luar pagar tu tapi bila suaranya yang kuat aku layan jugak, malunya aku bila kenangkan orang sebangsa tidak boleh bertolak ansur ketika itu.........
" tolonglah jangan letak sampah depan rumah saya lagi, kalau takde tong sampah saya boleh bagi, saya nampak awak yang letak sampah kat depan tu"(padahal aku tak pernah letak sampah kat mana-mana dari awal aku pindah sini hinggalah kehari ini kerana anak dan suamiku yang letakkan sampah di luar tu, agaknya orang ni rabun kot kalau aku yang letak sampah huhuhu sori lah).
"sorilah bukan saya yang letak sampah tu tapi anak saya pagi tadi bukannya saya, itukan tepi jalan bukannya depan rumah encikpun"
"awak jangan banyak cakap saya nampak awak"(memang sah dia ni rabun lantak kat dia aku tutup pintu hingga dia pergi). Cuma aku agak nak tergelaklah dengan orang ni kalau dia letak sampah berguni-guni depan pokok rumah aku, kami tak kata apa-apa pun tetapi sekarang ni pantang kalau dia letak sebarang sampah kerana suamiku meletak balik depan pokoknya pulak hehehe sampai sekarang... nak tahu apa rasanya bukannya nak balas dendam saja nak suka-suka...tulah jangan cuba nak serang-serang orang lagi kalau tak mahu orang buat kat kita sakit hati, sebab orang ni pun bukannya baik sangat orangnya hehehe panas hati jugak oiii hahaha. Bukan aku ingin mengenang kisah-kisah yang memedihkan dalan perantauan kami tetapi pagi ini aku ingin kenangkan bila aku rasa tidak lama lagi aku akan tinggalkan jua tempat ini, pada mulanya aku ingat kontrak dua tahun lagi di sini, tetapi rupanya setahun lagi aku akan pindah dari sini. Sudah dua minggu aku menyusun segala buku-buku membuang mana-mana yang tidak di gunakan lagi, bila sampai masanya senang untuk angkutnya sahaja.
Berbalik kisah petang semalam, uncle tu menyuruh kami menebang pokok kelapa yang bertahun-tahun ada di tepi pagar berhampiran dengan rumahnya dan membersihkan longkang di luar yang bukan kerja kami, masa mula-mula aku datangpun pokok kelapa tu sudah ada...adakah tiada usaha orang sebelum ni untuk menebas tebang pokok itu?kenapa kami yang kurang berupaya ini? itu di luar kuasa kami kerana kami hanya menumpang di sini. Tentang longkang yang tersumbat itu panggillah MPPJ bukannya kami. Kalau pokok kelapa bolehlah panggil orang tolong tebangkan, tapi kalau bab-bab longkang kat luar tu minta maaflah buatlah sendiri apek oiiiii. Dimana-manapun kita berada percayalah kita tidak akan lari dari segala masalah, apa lagi tinggal di kalangan golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri....
Pada mulanya aku terfikir jugak kenapa orang ni datang rumah aku tak pernah sepanjang tiga tahun aku duk sini ada mana-mana jiranku yang datang. "Eh nak kata aku ni bakar-bakar dah takde dah zaman tu, dah habis dah...dulu tu cuma hobi aje huhuhu".
Yalah memang betul jugak pokok kelapa tu perlu di tebang sebabnya bila pokok tu dah besar ...semakin condong ke rumahnya membahayakan anak cucunya, manalah tahu silap-silap haribulan jatuh buah kepala mereka...lagipun buah kelapa tu tak pernah kami ambilpun, siapalah yang boleh memanjatnya...adalah hari tu orang yang datang bersih laman tu mengambil kesemua kelapa-kelapa tu. Tak terfikir pulak untuk menyuruh dia tebang pokok kelapa masa tu, orang dulupun kalau nak tanam kelapa tu tengok-tengoklah jugak, ni tepi pagarpun yang berhampiran dengan rumah orangpun di tanamnya. Memanglah dah kami yang tinggal di sini kamilah yang bertanggung jawab.
Di mana-mana aku tinggal semuanya tak best kecuali kalau dapat aku pindah kekampung halaman aku sendiri. Tulah yang paling best...tetapi nak buat macam mana dah rezeki di sini biarpun sudah berkali-kali memohon untuk berpindah kenegeri sendiri atau negeri suamiku. sudah puas aku merantau dari anakku kecil hinggalah remaja...tetapi tulah kan jauh perjalanan luas pengelaman bermacam-macam manusia yang aku temui, ada yang baik, yang tak baikpun ada...yang baik baik sangat yang tak baik pulak hanyalah ingin mengambil kesempatan keatas diri kami bila apa yang mereka hajati tercapai mereka pergi...ada juga yang inginkan suamiku menjadi penjamin mereka bila kita tidak mahu kami di jadikan musuh mereka...banyak jiran yang aku temui...
Di sini pulak aku tidak mempunyai sesiapa(kecuali Lea dan Epel) lebih baik di Countryhomes biarpun berjiran dengan orang-orang Bawean masih ada sifat-sifat kemanusiaannya...di sini jiran melayu tak ramai empat buah rumah termasuk dengan rumah aku....pun lebih kurang sama seperti jiran-jiran cina juga( yang membezakan cuma agama) masing-masing di rumah, nak mati kering ke jiran sebelah lantaklah..tidak suka bertanya khabar sesama insan... saudara seislam mana konsep orang islam bersaudara kalau orang seperti kami ni? indah khabar dari rupa kalau tinggal di tengah-tengah manusia yang hanya mementingkan meterialistik semata-mata...yalah kami pipit manakan boleh terbang dengan enggang. Ada orang berkata harta dunia, pangkat segalanya hanya sementara tetapi bila aku duk sini aku rasakan semua itu mereka nak bawak ke liang lahab kayaknya gitulah..........
Maaflah bukan maksudku sebenarnya tetapi ni kan blog aku... aku nak tulis apa itu aku punya sukalah hihihi amboi kasaqnya bahasa jangan marah oiiii hahaha...eh tak marah saja nak lepaskan geram aje ni. Yalah orang suruh ktia buat di luar kemampuan kita...tengoklah pulak orangnya bagaimana...ni yang jadi tertulisnya begini nih..jangan marah naaa. aku tidak marahkan sesiapa baik jiran-jiran aku kerana akupun banyak jugak memberi masalah kat depa dulu dengan asap dari bahan bakar ikan ayam aku huhuhu...tetapi sekarang ni dah takde dah zaman tu....sebabnya akupun bukannya bodo sangat hinggakan tak reti bahasa dalam hidup berjiran....
yalah kan dulu kalau keluar nyamuk banyak aku bakar ler sikit-sikit bukannya banyak sangat....masa epel n the gengnya datang bersihkan laman ku dulupun bakar jugak tetapi depa tengok ramai tak berani kata apapun....aku ni mungkin lebih layak balik duk di kampunglah, aku nak bakar ke apa ke takde siapa yang nak marah. Kalau di ikutkan aku dah tak mahu nak tulis-tulis begini tetapi yalah kita ni manusia biasa yang ada perasaan marah, geram, sedih dan berbagainya lagi. Itulah yang di namakan kehidupan tidak akan terlepas dari menghadapi semua ini. Sebenarnya kalau nak tulis kisah kehidupanku telrlau banyak...yang tidak dapat aku lupa ketika aku bersama Kak Asmie ketika pulang dari Damai Hospital tahun 2004....kenangan itu masih terpahat di kalbuku ini...kisah suka dukaku selama enam tahun di Bandar Countryhomes.............
jumpa lagi......
p/s aku tidak sekali-kali menyalahkan orang lain kalau diri sendiripun banyak melakukan kesilapan kepada manusia dan kepada Allah apa lagi..moga-moga akan menjadi pengelaman hidup yang terindah dan terpahit dalam hidupku sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya......
uncle ni pun selepas tiga tahun baru nak suruh kami tebang pokok...surat layang suruh hentikan pembakaranpun selepas dua tahun kami tinggal di sini....rasanya tak jerebupun asap bakar ayam ikan aku tu.Nampak sangat aku ni dah sampai masanya akan pergi jua bila tiba masanya nanti.........tinggallah kamu dalam istana-istana ciptaan kamu...tetapi ingatlah kelak tinggalah kamu dalam liang-liang lahad yang penuh dengan kala jengking yang penuh dengan penderitaan kecuali bagi orang yang beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Allah sw.t. Aduhai aku insafi akan dosa-dosa ini....
wah pagi ni banyak pulak idea ...tu yang laju tu menulis ni........
0 comments:
Post a Comment