andai ini takdirnya utkku

Monday, October 27, 2008

Open house sana sini

open house satu trend ke zaman lani?????? Bihun open house aku ngan Lia huhuhu sangat simpleSejak dua menjak ni sesuatu perayaan mesti di adakan rumah terbuka. Agaknya sudah trend, berbeza sekali masa zaman aku dulu-dulu. Raya dua tiga hari sahaja pastu emak dengan ayah berpuasa enam dan beraya enam pula. Tu pun cuma ada ketupat aje...tu pun dah lebih dari sedap dah. Memanglah keadaan sentiasa berubah dari hari ke hari..........Cuba kita fikir dan renung-renungkan di bulan ramadhan sudah berpesta dengan berbagai juadah untuk berbuka. Bila menyambut bulan syawal lagilah sakan menjamu selera. Sebulan pulak tu. Hahhh...

Hobiku

Maaflah ya gambar agak kurang jelas, almaklum sajalah kamera murah. Apa-apapun bolehl...

Sunday, October 19, 2008

jejak kasih

Nur Hanisah n Kak AsmieSetelah tiga tahun aku tidak menjejakkan kakiku di Bandar Countryhomes semalam 19.10 2008 bersamaan dengan 19 Syawal 1429 h aku dan family ke sana. Itupun kerana anak yang berjiran denganku dulu ke rumahku. Nur Hanisah sudah berusia lima belas tahun. Bimbang pulak hendak membiarkan anak dara orang pulang sendiri. Ini kerana pertama kali dia dengan beraninya ke rumahku.Hafiz bersama Kak Salina Dan Nur Haida dan adiknya NordinRawang sudah banyak berubah, rumah-rumahpun sudah banyak. Tidak seperti tahun 1997. Tahun itulah aku mula berhijrah dari Kelantan dan Kedah ke Rawang. Ketika itu Hafizku pun masih kecil lagi. Tahun itulah...

Tuesday, October 14, 2008

Kurang sihat

Mungkin ketika ini masih ada kekawan yang beraya dan menghadiri rumah terbuka. Di sana sini kalut buat open house. Tak salah kerana masa nilah dapat berkumpul dan berkenal-kenalan sesama mereka. Hajat hati sayapun nak jugak buat rumah terbuka. Tetapi entahlah rasanya kudrat sudah tiada, apa lagi sejak dua tiga hari ni semput datang dengan tetiba. Pantang tersilap makan sedikit datanglah semput. Sebab itulah saya amat berhati-hati dalam pengambilan makanan kerana semput saya akan datang menyerang dengan tetiba. Saya tidak boleh makan banyak seperti orang lain. Kalau dah kenyang mesti kena berhenti tak boleh nak makan itu dan ini seperti orang lain. Kalau makan terlebih pasti saya sukar untuk bernafas. Seperti sekarang ini saya makan itu dan ini, akibatnya saya di serang semput. Untuk memulihkan...

Monday, October 6, 2008

Kesyukuran Dalam Kemeriahan

Isnin 29 Okt 2008 bersamaan dengan 29 RamadhanPagi tu kami menonton MHI tengok pemenang bertuah pulang ke kampung bersama TV3. Memanglah meriah pagi tu sebab ada bacaan doa dan sebagainya. Aku fikir WHI nanti tak adalah nak ambik-ambik gambar dah. Tetapi ada juga alahai...........Selepas bersiap-siap kami menelefon teksi untuk ke Sri Pentas, cewah inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke Sri Pentas, kalau bukan kerana nak naik bas balik kampung jangan haraplah aku nak pergi ke sana. Tak jauh sangat dalam setengah jam aje untuk sampai Sri Pentas Bandar Utama.Dah ramai yang menunggu, alahai ingatkan kami aje yang paling awal sebab jam 10 pagi...

Sunday, October 5, 2008

Kenangan Ramadhan dan Aidilfitriku 29 Okt - 5 Okt

Cerita di lain kesempa...