8 Julai 2009 bersamaan dengan 15 Rejab 1430 Hijrah
Untuk anak ibu Hafiz selamat ulang tahunmu yang ke 14 sayang. Biarpun kita berjauhan ibu dan ayah tidak pernah melupaimu walaupun sedetik. Selalunya bila tibanya tarikh hari lahir Hafiz meminta ibu masak nasi ayam. Hafiz akan makan banyak kerana kata Hafiz nasi ayam ibu buat sedap( anak mana tak puji masakan emak dia hehehe). Bila ibu tanya Hafiz nak kek tak? Hafiz tak perlu kek tapi Hafiz nak ibu masak nasi ayam itu aje.Hafiz memang tak suka makan kek, tetapi ayah beli jugak kek coklat kerana Hafiz suka kek coklat. Hafiz tak pernah minta hadiah melainkan kalau ayah beli untuk Hafiz. Hafiz anak yang baik bagi ibu dan ayah. Hari ini ibu tak dapat masakkan nasi ayam untuk Hafiz. Tetapi insya Allah bila Hafiz pulang nanti ibu akan masakkan apa saja yang Hafiz teringin hendak makan.
Kini Hafiz sudahpun berusia 14 tahun. Ibu doakan semoga Hafiz menjadi anak yang soleh dan berilmu. Semoga Allah panjangkan umur Hafiz. Semoga kehidupan kita akan berubah suatu hari kelak. Ya Allah berjauhan mengajar ibu erti sebuah rindu yang tidak pernah pudar biarpun sekelumit cuma. Ibu terlalu rindukan Hafiz. Semoga Allah pertemukan kita sayang. Jadilah remaja yang berakhlak baik wahai anakku..........
Imran Ajmain
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
3 comments:
Selamat ulangtahun kelahiran buat Hafiz. InsyaAllah jadi anak soleh penenang hati bonda ayahanda.
-umi su and ayah su-
Terima kasihlah epel ya..Hafiz tak kisah sangat pasal hari lahirnya..
Maaf bertanya.. Hafiz lahir tahun berapa? Dulu hafiz sekolah di assolihin semasa umur tingkatan 2 ke? sbb saya pun brsekolah disitu masa sy ting. 2 ..
Post a Comment