andai ini takdirnya utkku

Friday, July 31, 2009

Family day di Langkawi

Alhamdulillah tepat 8.30 tiba di Langkawi dengan menaiki Air Asia tambang RM1 tetapi biasalah campur itu ini RM 200 jugak untuk dua orang, tetapi murahlah kalau nak bandingkan dengan menaiki MAS. Bertolak dari rumah jam 3.00 petang untuk ke LCCT dengan menaiki bas memanglah merumitkan tetapi nak buat macam mana suami yang nak suruh temankan. Kami menginap di Plaza langkawi..

Kalau ikutkan nak pergi bersama Hafiz,tetapi apakan daya Hafiz belajar, kesian anakku tak pernah sampai Langkawi. Tetapi ayah janji bila Hafiz cuti nak bawa Hafiz. Nak kena tempah tiket murah dari sekarang lagi. Bila cuti bulan 3 ni boleh bawak Hafiz.Bimbangnya kalau Hafiz berkecil hati....maafkan ibu sayang,apakan daya kita berjauhan.Kalau ikutkan tak mahu datang, tetapi nanti apa kata orang, di katanya kita tak mahu bergaul dengan orang pulak..


Tetapi malang sedikit sampai ke sini tak boleh pergi mana-mana kerana suami tak sihat. Inilah akibatnya kalau makan nasi melebihi satu cawan, malam tadi orang jamu nasi goreng, mungkin tak sesuai dengannya, sakit kepala sangat-sangat.Kalau di rumahpun Kak Awwa jarang masak nasi goreng sebab berminyak, doktor kalau boleh tak nak dia makan nasi, suruh ambik buah dan sayur banyak-banyak. Tetapi untuk menjaga hati orang dia terlebih makan, padahal dia kena fikir penyakitnya. Pagi ni rombongan menyewa dua bas hendak bawa pergi jalan-jalan dah tak boleh. Tak apalah duduk kat bilik ni pun dah rasa nyaman dapat tengok laut. niat di hati nak juga beli baju untuk Hafiz..tengoklah keadaan suami macam mana. Kalaulah tahu macam ni duduk rumah lagi baik.

Bukannya mudah orang OKU seperti Kak Awwa ni,nak kena ambil kerusi roda dll, itu merumitkan. Tetapi apa nak buat suami nak jugak Kak Awwa datang,dah tu dia pulak yang sakit.Dari bilik ni Kak Awwa hanya memandang laut saja, kalau ada lesen motor keterkan senang boleh bawak sendiri, ni semua nak bergantung dengan orang. Apakan daya kehidupan ini bukannya mudah,tetapi biar apapun bersyukurlah kelebihan dan kekurangan yang Allah s.w.t berikan kepada hambaNYA. Allah itu Maha Adil. Insya Allah bila Hafiz dah besar tentu akan menyenangkan ibu dan ayahnya.


Pertama kali naik Air Asia sebelum ni naik MAS, Hafizpun masa dia kecik-kecik pernah merasa naik MAS dua tiga kali. Kesian anak ibu,Hafiz sms semalam tak sampai hati nak cakap,maafkan ibu nak.Oleh kerana tiada tiket malam isnin kami pulang ke Kuala Lumpur. Cuti-cuti Malaysia tetapi hanya memerap dalam bilik sahaja,paling tak pernah kami buat kena pakai mask setiap masa sepanjang perjalanan. Dulu datang duduk di hotel hantu,nampaknya dua kali datang memang tak tercapai apa yang di hajati.Mungkin di lain kali kalau panjang umur datang lagi....

Sambung cerita lagi(malam)

Setelah makan ubat sakit kepala suamiku boleh bertahan, malam ni diorang buat penyampaian hadiah. Setelah mendapat hadiah besar dan kecil sampai kemuncak acara diorang dah sibuk berkaraoke hingga jam 12.00 malam, kami minta diri naik kebilik sebab tak tahan bunyi bising, semakin tambah lagi sakit kepala suami Kak Awwa.

Kata tuan pengarah mungkin dua tiga tahun lagi kalau ada family day minum air sejuk saja sebab kegawatan, tetapi untuk tahun ni peruntukannya banyak. Mungkin lain tahun akan di adakan di Sabah dan Sarawak untuk mencari kelainan. Tetapi seperti biasa bagi Kak Awwa takde makna semua ini kalau anak tidak turut serta..apakan daya kalau turutkan hati rindu ini hannya Tuhan saja yang tahu......

4 comments:

salam kak, saya nak gerak mana2 takde yg nak bawak sebab leceh ngan kerusi roda.. jadi saya tak nak susahkan adik beradik, terperaplah kat rumah

salam Kak Awwa.
Alhamdulillah..sampai juga akak ke Langkawi ye. Ada hikmahnya tu Abe tak sihat. Nanti boleh tgk2 tiket dari sekarang ye, cuti bulan 3 buleh bawa Hafiz jalan-jalan.

salam maiyah..memang tak mau gi kemana2 maiyah sebab takut menyusahkan semua org..sebab tu lah terkecuali p mana2..kebetulan pulak abe demam dan sakit kepala..mungkin ada hikmahnya tu. Biarpun kak awwa bortongkat tetapi pergerakan juga tebatas kalau jauh2..sebab tu lah kak awwa perlukan kerusi rda ketika nak naik kapal..begitu juga belah baliknya kena minta kerusi roda juga..sbb tu lah kak awwa cakap kat abe kalau bawak kat kak awwa jln2 mesti banyak berhbis duit..tp kata suami kalau ada hafiz xpa lah dia bleh temankan ayah dia..tp dia rasa tak sonok sorang2 g sana...

suami amat memahami dia sanggup berkorban apa saja untuk kak awwa...dia sanggup berhabis duit kerana kak awwa...

sabar ya maiyah...

salam epel..erm nampaknya camtu lah..tengoklah dulu macam mana HINIpun semakin membimbangkan..utk langkah berjaga2 pakai mask sentiasa...