andai ini takdirnya utkku

Tuesday, August 4, 2009

suka duka family day di Langkawi

3 Ogos 2009 isnin

Setelah bershopping ala kadar(shopping secara berhemah maklumlah gawat, beli keperluan sahaja) kami naik ke bilik. Ketika itu waktu zohor sudah masuk. Kawan-kawan yang datang untuk family day yu ada yang pulang hari ahad, isnin dan selasa. Mengikut tiket kami pulang jam 10.45 pm. Ada masa lagi tu untuk berkemas kerana kami bercadang hendak ke airport selepas maghrib, bolehlah sembahyang jamak maghrib dengan isyak.


Tiba-tiba di luar bilik bunyi ketukan dan suara orang memanggil suami Kak Awwa. Kawannya Kak Milah.

"En...kena berkemas barang dan check out sebab bilik ni kejap lagi orang nak datang bersih ada orang nak masuk. Minta maaflah akak terlupa nak cakap awal-awal. Pergi duduk dengan Azreen atau Azlina, Azreen takde kat bilik. Kemas barang duduk kat luar ni tunggu diorang". Lalu diapun berlalu hendak ke air port dia pulang jam 3.50.

Ahh rasa hangin satu badan ni sebab tak di beritahu awal-awal. Sedangkan Asnor dah cakap kami keluar malam sebab kamipun dah bayar bilik ni hingga ke hari isnin malam lepas maghrib baru nak check out.

Suami Kak Awwa pun boleh tahan jugak hanginnya. Kerana dia tahu kesusahan Kak Awwa nak menumpang bilik orang, kawan-kawan yang lainpun pergi jalan-jalan sebab diaorang tu pulang hari selasa. Manalah dia tahu kami nak menumpang bilik diorang. Tak kan lah kami nak tunggu kat luar bilik tu(diorang duduk di RRM tiga bilik, kami satu bilik untuk berdua sebab tak mahu kongsi-kongsi tak selesa kalau tak terdesak sangat. Selepas berkemas dan bersolat jamak, kamipun ke tingkat tiga untuk makan tengahari.

Makanan di sana murah. Melepak kat cafe tu hinggalah jam 4.00 petang. Tuan cafe tu kelakar katanya nak duduk sampai kami tutup cafe ni pun tak apa. Dah duduk situ mestilah kena order lauk lebih, air dll. Nak bagi duduk lama sikit kat situ, kalau hanya melepak sajapun malu jugak.

Biasalah orang utara memang peramahnya seperti orang Kelantan jugak suka sembang-sembang. Apa lagi sepanjang duduk situ kami makan kat cafe tu. Dah tak larat nak duduk lama kat situ pergi ke air port. Lamapun lamalah menunggu, apa nak buat nak sewa hotelpun entahlah memang tak rancang begitu. Baik duit sewa hotel tu Kak Awwa beli apa-apa untuk Hafiz.

Sampai di air port menantilah kami biarpun jemu dan terasa boring yang amat sangat. Terlupa pulak nak bawak novel kalau tidak nak tunggu jam 10.45 tu lamanya.Satu pengumuman di buat flight lewat, jam 11.45 baru nak jalan, alamak boring lagi. Nasiblah ada kerusi roda ni pergi solat kat surau. Basuh muka puas-puas kat situ dan berwuduk solat. Ada sorang makcik tukang cuci tu masuk kedengarannya bunyi seperti orang semput. Tak sampai hati Kak Awwa mendengarnya, maklumlah Kak Awwapun kekadang penyakit semputpun datang jugak.

"Penat ke? bunyi macam penat je?Kak Awwa cakap loghat utara dengan makcik tu.
"Ya penat, kena aircon lagilah penat. Nak sembahyang boleh ke takdak kerusi?"
"Takpa saya sembahyang duduk". Makcik tu tinggal Kak Awwa kebetulan seorang diri. Manakala suami tunggu di luar surau.

Lepas solat rasa seperti nak terlelap je sebentar kerana penatnya menunggu. Tetapi bila fikir suami ada kat luar tu tak jadi pulak.

Sepanjang menunggu tu Kak Awwa hanya menegur baby-baby yang duduk berhampiran Kak Awwa. Semuanya Kak Awwa agah sampai baby tu gelak. Yang tak dapat di lupakan bila datang seorang budak perempuan mungkin umurnya tiga ke empat tahun kot. Nampak muka macam anak Cina tetapi cakap Melayu. Dia datang kat Kak Awwa "nak duit" dia pandang tepat muka Kak Awwa. Belum sempat nak cari duit kecik ayah dia dah panggil dalam bahasa Melayu. Biasalah kat Malaysia ni ramai yang khawin campur. Emak Cina ayahnya Melayu.

Tepat jam 11.45 malam barulah nak terbang balik KL. Oleh kerana Kak Awwa berkerusi roda di beri keistimewaan untuk naik terlebih dahulu.


Sampai ke Terminal LCCT 12.45. Kami orang terakhir turun maklumlah susah dengan orang ramai ni. Turun-turun dah ada orang yang menanti dengan kerusi roda, pergi ambik beg, pergi ke Skybus Air Asia. Dari LCCT ke KL Central bolehlah tidur-tidur ayam, kejap pejam mata terlelap, buka mata aik tak sampai-sampai lagi. Jauh rupanya KL Central dengan LCCT. Sampai ke KL Central jam dua pagi...

Turun-turun bas tu dah ramai teksi menunggu. Dalam ramai-ramai adalah seorang pemandu teksi perempuan. Dia satu-satunya pemandu perempuan pagi tu, kesian kat dia kami ambil teksi dia.

Kak Awwa tanya kakak tu tak takut ke malam-malam memandu seorang diri. Dia kata tak takut sangat sebab kita nak mabikpun tengok-tengok orang jugak. Ambik orang kat situ tak takut..tp kalau ambik orang tepi jalan tak la.

Bagi Kak Awwa ni lah pengelaman pertama menaiki Air Asia. Biarpun tambagnya murah tetapi di bayar itu ini, kerusi roda dll erm boleh tahanlah jugak. MAS mahal tetapi Air Asia kekadang tak tepat masa. Letihnya Tuhan saja yang tahu, sampai di rumah terus saja baring.


Adalah Kak Awwa ambil gambar masa kat sana, insya Allah bila komputer dah ok boleh update gambar kenangan tu.

Selamat tinggal Pulau Langkawi panjang umur datang lagi bersama Hafiz. Hanya duduk dalam bilik dan keluar tengok laut. Orang yang sihat dan cergas pergi merata-rata tenpat. Tak apalah bersyukur seadanya kita........