Petang semalam selepas menonton Al Kuliyah di TV3 Kak Awwa keluar ke halaman rumah. Niat Kak Awwa hendak melihat pokok-pokok timun yang semakin kurus, sambil membawa baja dan sebilah pisau untuk membuang daun-daun kering. Kak Awwa mengembur-gembur tanah di pokok timun, pokok cili dan beberapa pokok yang lain. Kak Awwa keluar ikut pintu dapur sebab di tanah sekangkang kera di kawasan dapurlah Kak Awwa menanam sayuran.
Tiba-tiba Kak Awwa terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan rumah. Selalunya pintu pagar kat rumah Kak Awwa tak pernah berkunci, bukannya tak mahu kunci tetapi ada-ada saja orang datang chek meter air dan elektrik. Kak Awwa jarang keluar rumah sejak akhir-akhir ni. Kalau keluarpun cuma ikut pintu dapur sahaja.
Kak Awwa ingat orang India yang selalu hello-hello kat pintu pagar nak suruh mesin rumput, padahal kat rumah Kak Awwa dah ada orang mesin rumput dah. Tetapi orang ni takde helo-helo terus masuk. Kak Awwa tak sempat masuk rumah sebab seorang lelaki India sudah masuk ke dalam pagar dan menuju ke arah dapur. Sedangkan masa tu Kak Awwa ada kat pokok timun. Kak Awwa tanya dia kenapa masuk? Dia kata nak ambik daun pandan, dia selalu ambik daun pandan kat sini mintak dengan abang. Kak Awwa kata ambiklah... terus masuk rumah setelah dia pergi ambik daun pandan. Kak Awwa kunci pintu dapur dan gril. Dia dari luar ucap terima kasih dan tanya adakah rumah ini hendak sewa bilik? Kak Awwa kata tidak. Dia kata lagi tiga minggu lepas ada seorang abang kata rumah ni nak sewa bilik. Abang manalah pulak orang ni. Betul ke tak orang ni? Takut jugak Kak Awwa. Dia tanya lagi tinggal dengan suami je ke? Kak Awwa hairan kerana dia tahu Kak Awwa tinggal berdua. Kak Awwa kata tidak...tinggal dengan anak-anak(ramainya bunyi anak-anakku itu). Dia seperti tidak puas hati aje. Maklumlah di sini sunyi sahaja. Orang kalau balik kerjapun masing-masing dalam rumah. Suami Kak Awwa lepas maghrib baru sampai kerumah.
Kak Awwa agak hairan sebab sebelum ni Kak Awwa tak perasan ada orang datang ambil daun pandan kat belakang rumah Kak Awwa. Cuma Kak Awwa kesal orang ni terlalu bebas biarpun pagar rumah orang tak berkunci. Tetapi Kak Awwa bersangka baik kerana dia memang ambik daun pandan. Suami Kak Awwa kata kena berhati-hati jugak sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi. Suami Kak Awwa kata kenapa tak tanya dia tinggal kat mana? Tak terfikir pulak Kak Awwa hendak bertanya. Mungkin juga dia sedang mencari bilik untuk di sewa. Maklumlah di kawasan ini memanglah mahal nak sewa rumah. Kalau nak ikutkan rumah ini pernah di masuki orang. Selama Kak Awwa tinggal di sini dah dua kali di masuki orang. Seperti biasa Tuhan masih melindungi kami selamat dari semua itu. Orang sebelum ini satu keluarga di ikat kaki tangan dan di rompak segala harta benda, nasib baik nyawa tak melayang. Semoga Tuhan melindungi kami dari segala bahaya amin
2 comments:
Salam Kak Awwa...
Hati2 kak awwa. Lain kali mungkin kuncikan aje pintu pagar tu kak. Bahaya sungguh. Moga Allah lindungi dri segala bahaya.
Salam Epel...
Insya Allah epel terima kasih ya kerana mengingati kak awwa.Bukan tak nak kunci sebenarnya epel tetapi malas nak pergi buka pagar bila ada org nak mesin rumput,tengok meter air dan api. Mungkin orang tu berniat baik..tp kena berhati2 jugak. Tetapi tak tahulah epel, sekarang ni macam2 kita dengar.Moga Allah melindungi kami aminnn.......
Post a Comment