andai ini takdirnya utkku

Monday, April 19, 2010

memang lumrah manusia

Maka alkisahnya kehidupanku di sini, alhamdulillah lebih baik dari Kak Awwa di PJ dulu, takde kawan tak bermasyarakat jauh sekali untuk Kak Awwa menghadiri majlis ilmu seperti sekarang. Tetapi sekarang alhamdulillah syukurlah kepada Allah hari minggu di isi dengan menghadiri kuliah ilmu dan baru mula belajar mengaji kembali bermula dari bawah.Itulah mengaji kat rumah sorang-sorang rasa betullah sangat-sangat. Tetapi bila berguru nah ambik kena bantai la. Tetapi tu lah apa nak di malukan kita nak belajar, kalau orang pandai sekalipun masih belajar lagi.Tetapi yalah kan lumrah manusia bila tengok kita jalan bertongkat di tanyanya kenapa dan mengapa. Bukanlah Kak Awwa terlalu sensitif sangat, tetapi kalau Kak Awwa jadi orang tu Kak Awwa tak tanya, sebab seseorang itu tak pakai tongkat kalau...

Wednesday, April 14, 2010

rindu hati seorang ibu

Semalam kakak (India) jiran sebelah rumah memberi beberapa keratan pokok bunga dan pokok kari. Ramah sangat kakak ni. BM pun baik walaupun dia speaking dengan familynya. Keluarga ini agak peramah rasanya boleh di minta tolong andai dalam kesusahan insya Allah.(Bukan untuk mengambil kesempatan tetapi suaminya ada teksi senang nak gi spital).Dia kata tidak pandai menanam pokok atau berkebun. Kata Kak Awwa apa nak susah letak tanah, air dan baja dah. Itu saja, cuma pokok ni nak kena belai dia selalu. Kalau Kak Awwa hari-hari membelek pokok yang sedikit tu, Itulah penghibur Kak Awwa.Sedih bila dia tanya anak tak balik ke? Tak rindu kat anak ke? Saya kalau anak tak balik seminggu rindunya. Hati ibu mana tak rindu , rindu bangat tetapi apa nak buat, nak balik agak susah. Apa lagi tinggal jauh dari...

Saturday, April 3, 2010

Kesian Makcik Fatimah

Pertama kali Kak Awwa pergi ke rumah Makcik Fatimah iaitu jiran di belakang rumah Kak Awwa. Kalau nak di ikutkan sudah lama hendak ke rumah dia hendak menziarahinya. Hampir tiga minggu tak nampak dia menyidai kain. Bukan Kak Awwa tak tahu dia sakit. Tu lah nak pergi melalui pintu belakang bimbang jugak takut licin untuk menuruni tangga. Tangguh punya tangguh akhirnya semalam pergi juga. Kak Awwa ni entah lah segan sikit nak pergi rumah orang, tetapi memandangkan kebaikan makcik fikir-fkir tak molek sangat kalau tak pergi. Kesiannya dia, memandangkan dia ada penyakit kencing manis kalau terluka sedikit sahaja terus jadi parah. Terkejut tengok tangan dia membengkak kehitaman. Kak Awwa tanya dia kenapa tak ke hospital? Dia kata dia dah tak mau pergi hospital, sebelum ni pun dia pernah tinggal...