Saturday, March 12, 2011

gembira

Tiada yang membahagiakan hati seorang ibu bila menatap wajah anak kesayangannya. Memandangkan anakku belajar di sekolah tahfiz , biasanya bercuti awal dari sekolah biasa. Hari ni sudah dua hari dia ke kem sahsiah diri untuk remaja.

Dari tiada apa yang hendak di lakukan di rumah lebih baik dia ke masjid untuk menambah ilmu dan jati diri sebagai remaja yang beriman dan berakhlak mulia, insya Allah. Dia tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja, mungkin dari pengelaman2 yang lalu membuatkan dia lebih tabah dan berdikari dalam menghadapi apa jua situasi, alhamdulillah. Aku patut memberinya 100% markah penuh untuknya kerana tidak pernah membantah dan merungut. Begitu banyak dugaan yang kami lalui ketika hendak membesar dan menyekolahkannya, dari satu sekolah ke satu sekolah berpindah. Alhamdulillah yang terakhir adalah tepat. Aku tidak mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya, aku tidak marah andainya dia tidak berapa maju dalam akademiknya. Bagi aku usaha itu tangga kejayaaan. Insya Allah SPM bakal menantinya, pun begitu aku tidak mahu membuat dirinya tertekan,aku tidak mengharapkan dia paling TERBAIK,aku akan ikut kemahuannya bukan kehendak aku. Aku cuma berdoa dan bagi dia semangat. Bagi aku andai di takdirkan anak aku jadi imam di masjid atau suraupun sudah memadai. Andai lebih dari itupun alhamdulillah. Aku tidak akan memaksanya mengikut kehendak aku. Memanglah dulu aku mengharapkan dia jadi doktor,jadi pilot, pendek kata semuanya yang bagus2 lah. Tetapi aku kena ingat sebagai hambaNYA aku hanya merancang Allah lah yang menentukan segalanya.

WAMAKARU WAMAKARAALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIN

Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

0 comments: