andai ini takdirnya utkku

Tuesday, May 17, 2011

dah pindah

Syukur alhamdulillah 17.11.2011 bersamaan dengan 14 jamadilakhir kami telah berpindah selang 10 pintu dari rumah sewaku. Oleh kerana dekat sangat sahabat aku(kawan susah senang bersama ketika tinggal di Sungai Petani dahulu kini dan selamanya, dan di takdirkan bertemu di sini Subhanallah) mencadangkan tak payah ambil lori le biarlah dia dengan anak2 lelakinya yang angkat barang besar2. Manakala yang kecik2 angkut dengan van nya. Kalau ikutkan memanglah penat giler le depa tu sebab cuma 4 orang yang menolong. Duk angkut barang p mai p mai jiran sekeliling boleh tengok je tak le nak menolong, memang takde semangat kejiranan langsung, nama je tinggal di kawasan melayu. Nasib aku agaknya, Tu lah kan bila kita ni kaLau susah tak ramai yang sudi memandang( ada.... kalau datang nak menjual tudung...

Wednesday, May 11, 2011

selamat tinggal rumah no 62

Insya Allah kalau tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah berpindahlah aku ladi, di sini jugak selang sembilan pintu dari rumah sewaku ini. Tuan rumahpun dah kalut nak masuk ke nak repair entah le. Tp tak mengapalah kerana aku memang dah nak keluar dah. Habis buku2 suamiku yang di bawak balik dari USA rosak. Kabinet dapur meja komputer dll rosak kerana rumah bocor dek hujan yang terlalu lebat ketika itu. Aku lupa le aku cerita ke tak kat dalam blog ni. Sembilan bulan aku masuk baru tuan rumah nak repair bumbung yang bocor. Sebelum ni aku duduk dalam keadaan rumah yang tidak selesa. Puas di ketuk baru nak buat itu ini...tp hampeh kerana lagi teruk. Sudahnya habis barang2 aku basah. mau je aku saman tuan rumah ni, tpp mengenangkan kemanusiaan tak buat gitu. Dia turunkan rm 50 duit sewa...

Monday, May 9, 2011

gi kelas amali

Semalam8.5.2011 baru p kelas amali oleh kerana aku ni pelajar ISTIMEWA kenalah bawak ketar sendiri pakai ketar auto. Takpe le ketar camnepun asalkan elok dan boleh gerak dah le. Manalah tau kalau ada rezeki lepas ni boleh beli estima ke alphard ke ahakssssss. Tak salah berangan, tak salah memiliki harta benda asalkan mampu. Yang penting kenalah kelur zakat, lagi berkat. Tetapi erm aku belum ada kemampuan itu. Takpa takpa takpa apa yang kita ada bersyukur le...kerana Allah akan tambahkan rezeeki kita. bila dah di beri rezeki yang lebih tu jangan le kita angkuh DAN LUPA DIRI. Itu yang selalu aku ingatkan kepada diriku, suamiku dan anakku.Berbalik kepada cerita pergi kelas amali. Ku kira aku ngan suami je yang makcik pakcik2 rupanya masih ada yang lebih berumur dariku. Takde le malu sangat....

Friday, May 6, 2011

rahsia Allah

::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ Alhamdulillah di atas nikmat iman dan rezeki yang telah di kurniakan. Terima kasih ya Allah...

Thursday, May 5, 2011

selamat hari ibu

Di saat orang lain menyambut hari ibu aku merasakan tidak ada seorang anakpun yang mengucapkan hepi mother day untuk aku.Memanglah aku cuma ada seorang anak, itupun kalau tidak di ingatkan dia tidak wish kat aku, tp aku tak kecik ati, cuma aku rasa sedih berjauhan dengan Hafiz. Entah bila Hafiz akan bersamaku lagi. Kekadang menitis air mataku bila mengenangkan nasibku terpaksa berpisah dengan anakku semenjak umurnya tiga belas tahun. Pindah dari satu sekolah ke satu sekolah demi mengejar redha ilahi untuk mejadikan dia al hafiz. Rupanya lain pula jadinya, impian tidak kesampaian. Tidak mengapalah nak ibu redha.Entah mengapa semenjak akhir2 ini aku merasakan semakin sunyi, bila aku ingin meminta tolong tiada anak di sisi, bila usia semakin merangkak maka sakit situ sini. Kalaulah ada anak di...

baru puas hati

Akhirnya my jodoh yang menyemakkan blogku sudah ku nyahkan dia hahaha. Aku hepi sangat, sebelum ni aku sangat malas hendak update blog, gara2 iklan my jodoh tu le. Rupanya dia dia bersama dengan info solat, bila dah nyahkan info solat my jodohpun dah takde syukur le.Selepas ini aku ingin terus menulis blog, aku tidak mungkin tinggalkan dunia blog, kerana inilah dunia aku, kehidupan aku tak mungkin lari dari hentakan kebod. Bila aku sedih,geram, gembira pasti aku cari blog. Blog adalah segalanya dalam kehidupan aku, tidak dapat di pisahkan lagi....