andai ini takdirnya utkku

Wednesday, June 29, 2011

Permulaan solat 5 waktu selepas Isra’ Mikraj

Oleh Mohd Fadly Samsudin BULAN Rejab mencatat dua peristiwa sedih dalam sejarah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w (juga dikenali sebagai ‘Aam al Huzni). Dua peristiwa sedih itu ialah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. Khadijah banyak berkorban harta benda dan wang ringgit bagi membantu berdakwah mengembangkan syiar Islam. Selepas Siti Khadijah meninggal dunia disusuli pula kematian Abu Talib yang begitu rapat dengan Baginda. Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah.   Pemergian dua insan yang disayangi itu amat dirasakan Baginda. Selepas itu, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy....

Tuesday, June 28, 2011

surat

Orang dulu2 kalau bertanya khabar hanya melalui surat, kalau yang penting sikit hantar aje telegram, telefon dah ada tetapi bagi yang kurang berkemampuan seperti aku dan keluarga suratlah yang menjadi perantaraan, menghubung silaturahim dll. Tak kurang juga aku, mencari kenalanpun dengan menulis surat,hatta bertemu jodohpun melalui surat. Tetapi zaman serba serbi canggih ni ada telefon facebook, my space twitter dll. Dua tiga hari lepas...jiran aku menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Rupanya posmen tak tahu rumah no 42 sebab rumah aku tak ada nombor. Aku sengaja tak mahu tulis nombor(nombor dah kena cat) sebab bagi aku kalau dah depan rumah aku 43 rumah aku 42 le. Surat dari suamiku tercinta...surat wasiat supaya aku menjaga Hafiz sebaik mungkin, berikan ilmu ugama seckupnya. Allah Allah...

sedih

"Abe tak balik malam ni p PPUM". Pening sangat ni. Entahlah lepas satu, satu ujian dan dugaan untuk aku. Dalam seminggu tu berapa kali suami aku pergi kerja, lepas sakit kaki, pening, lepas tu darah naik melambung tinggi. Kalau makan nasi bacaan darah tinggi. Ini semua membuat aku tidak tidur lena, sedihpun ada. Di saat jiran2 aku nampak hepi je sebab jiran kami nak kenduri hari minggu ni aku duk sorang2 dalam rumah. Macam biasalah orang2 sini hanya dua tiga orang je yang suka menegur. Kalau aku tak tegur gak tak le. Berat benar nak menyapa rupanya....

Friday, June 24, 2011

semuanya sudah terlambat

Di pagi yang hening aku membaca satu sms yang berbunyi" Dek( panggilan anak buah kepadaku)..ada kawan Ime ngandung tujuh bulan nak bagi baby tu kat Ime bila lahir nanti dek nak tak?"Terkejut ada berdebarpun ada kami berbalas sms katanya suami kawannya itu masuk penjara, oleh kerana budak itu muda lagi dia tak mahu anak itu kerana belum bersedia untuk menjadi ibu lagi . Entahlah khawin macam mana akupun malas ambik tahu. Aku memberitahu anak buahku biar aku bincang dengan suamiku dulu(ketika tu suamiku ada di Trengganu). Suamiku kata dah orang nak bagi ambik sahajalah. Kataku biarlah aku istikharah dulu. Hati aku berbelah bagi, aku tanya Hafiz sudah tentu dia tidak setuju kerana katanya menyusahkan ibu sahaja nak jaga baby ibupun bukannya sihat sangat, ayah apatah lagi lah. Ya benar jawapannya...

Monday, June 6, 2011

pertemuan

Seminggu kami pindah dari rumah bernombor 62 ke rumah bernombor 42 kakak sulung, abang dan anak2 buahku datang. Walaupun mereka tidak bermalam di rumahku tetapi aku sangat seronok kerana mereka sudi menziarahiku. Terubatlah rinduku kepada kampung halamanku, walaupun mak dan ayahku tidak datang sekurang2nya rinduku kepada kampung terubat jua.Aku tahu emak dan ayahku tidak berapa sihat,mak tak boleh lama2 duduk dalam kereta nanti akan bengkak2 kakinya. Entahlah bila aku akan pulang ke kampung menziarahi mereka, rindu ini hanya Tuhan sahaja yang tahu tp apakan daya...semenjak akhir2 ini suamiku asyik sakit kaki saja...asyik cuti je...kekadang sedih jugak aku...kenapalah orang lain suaminya sihat. Tetapi bila di ingat balik..sakit itukan penghapus dosa. Ampunkan aku ya Allah.Ahad lepas 5.june...