andai ini takdirnya utkku

Friday, November 2, 2012

dua hari menjelang SPM

Anak yang ambil exam emaknya yang berdebar. Malam ini suamiku terbang ke Kelate untuk memberi semangat dan dorongan untuk anakku menjelang peperiksaan pada 5.11.2012. Aku di sini hanya mampu iringkan doa semoga anakku di beri ketenangan ketika menjawab soalan kelak. Insya Allah anakku pasti akan tenang dan kuat semangat walaupun tanpa ibu bapanbya di sisi. Bukan hanya anakku sahaja yang bersendirian menjelang exam SPM. Ada dua tiga orang kawannya yang datangnya dari Kedah senasib dengan anakku.

Apa2pun aku harap yang terbaik dan andai sebaliknya sedikitpun aku tidak kecewa dan aku tidak mahu anakku patah semangat kerana dia masih muda dan perjalanannyapun masih jauh. Hanya usaha kekyakinan dan tawakal kepada Allah, itu yang selalu aku suntik semangat untuknya.

Untuk anakku dan semua good luck, ibu selalu kata Hafiz anak yang baik Insya Allah, Allah akan permudahkan segalanya amiiin...

0 comments: