andai ini takdirnya utkku

Monday, November 5, 2012

Ya Allah kuatkanlah aku

Di saat anakku sedang menghadapi exam si KB malam tadi suamiku di tahan di Hospital Sungai Buluh kerana muntah dan pening setelah pulang dari menjengguk anak di KB. Pagi itu suamiku makan tosey dan kuah kelapa putih. Aku ingat malam tadi dia tidak di tahan di ward lantaran itu aku tidak ikut dia semalam. Hanya kawannya sahaja yang menemani dia. Rasa bersalahnya aku kerana sampai ke hari ini aku tidak tahu bagaimana keadaannya kerana hpnya sudah kong.

Situasi begini lah yang selalu aku lalui, suami keluar masuk hospital ,sekali sekala aku kata kenapa hanya dia sahaja? Kenapa bukan aku sekali sekala yang berada di tempat dia? Ya Allah siapa lagi yang aku harapkan melainkan MU Ya Allah, bantukanlah aku Ya Allah. Aku tahu ianya tidak akan berlaku dengan kehendakMu Ya Allah.


Aku mohon kuatkanlah aku dalam menghadapi apa jua yang bakal aku lalui ya Allah. Maafkanlah aku abang kerana aku banyak melakukan kesilapan kepada mu yang aku sengaja dan tidak aku sengaja.

0 comments: