Sepatutnya aku gembira kerana dapat pulang beraya bersama keluarga mertuaku. Yalah kan kalau beraya di sini nak beraya dengan siapa.Mak mertua ke mak sendiri ke sama saja bagiku. Bila dah bergelar isteri dan menantu, ibu mertua tarafnya sama dengan ibu sendiri. Kasih sayang dan hormatnya sama tidak berbelah bagi.
Tetapi malam semalam 21. Sept bersamaan dengan 21 ramadhan aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari kakak iparku. Suaranya agak cemas, tetapi dia pandai menyembunyikan sesuatu. Ketika itu aku baru saja keluar dari bilik air untuk bersolat maghrib. Dia tanya aku berbuka makan apa. Lepas tu suara dia tengelam timbul.
Rumah mek di timpa/hempap pokok kelapa, sebahagian bumbung habis rosak. Aku terduduk, terkesima sedihpun ada. Kereta dan motor rosak, tetapi alhamdulillah kerana masih boleh di perbaiki. Kata mek aku, ketika itu diorang semua berada dalam rumah nak tunggu berbuka. Angin kuat tiba-tiba bunyi satu benda kuat menghempap bumbung rumah, bila pergi jenguk ke serambi habis musnah di timpa pokok kelapa. Kata mek pokok kelapa tu buahnya lebat sangat, taklah dekat sangat dengan rumah...tetapi agaknya pokok itu sudah tinggi. Tu lah sampai ke bumbung rumah mek. Selepas pokok kelapa tu tumbang diorang pergi tengok rupanya pokok tu sudah reput dari dalam. Nampak elok berbuah lebat,tak sangka rupanya reput dari dalam. Kebetulan petang itu, ayah tak duduk di situ, selalunya ayah akan membaca Al-Quran dan melayan kerenah Amirulpun di situ. Kalau tidak tak tahulah.......
Walau aku agak bersedih dengan apa yang menimpa tetapi aku dan keluarga bersyukur kerana semuanya selamat. Bila kita meletakkan rasa redha dan syukur rasa tenang di dalam kalbu ini. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku berdoa moga keluargaku tabah dan akan membina semula apa yang telah rosak. Biarpun tidak sebaik yang telah musnah.
Tetapi kesian kerana kegembiraan mereka untuk menyambut hari raya agak tercalar, begitu juga diriku. Tetapi hidup mesti di teruskan. Segala musibah itu datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-NYA. Ada lagi yang lebih teruk dari kami. Bersabar, redha dan bersyukur....Dari Allah kita datang kepada Allah kita di kembalikan, setiap apa yang ada di dunia ini tidak akan kekal lama melainkan Allah.
4 comments:
Salam akak.. semoga keluarga akak tabah dengan ujian Allah...apa pun alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera..
Salam Kak Awwa...
Semuga Kak Awwa & keluarga kuat & tabah menghadapi ujian dari Allah SWT, ada hikmah disebalik setiap kejadian..
salam keshi...alhamdulillah semuanya selamat..tu lah jiran kat bawah umah akak ni duk kalut suruh tebang pokok kelapa yg condong kat dapur rumah dia...kalau tak beginilah jadinya..
pokok kelapa ni masa kecik nampak cam jauh dr umah..tp bila dah tinggi dan besar..dia boleh merosakkan...
salam akak...
insya-Allah bina semula biarpun tidak sebaik yg dulu..semuanya dalam gengaman Allah.........dan menjadi pengajaran buat kita..kalu nak tanam pokok kelapa tu tak yah lah yg hampi2 ngan umah..tp tu lah ada hikmah tu..nasib baik semuanya selamat alhamdulillah......
Post a Comment