andai ini takdirnya utkku

Monday, September 22, 2008

Selamat hari raya aidilfitri


Biar apapun yang telah di takdirkan sebagai hambaNYA redha dan syukur, itulah penenang jiwa di kala duka mengundang. Andai di beri pilihan ingin saja aku pulang kepangkuan emak dan ayah yang ku kasihi. Tetapi sudah tertulis begitu takdirnya aku harus akur.

Sempena aidilfitri yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, aku dengan rendah hati ingin mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat-sahabat bloggers walau di mana saja mereka berada. Tidak kira yang sudah lama kenal dan yang baru kenal. Kad raya ini khusus untuk kalian semua.

Untuk Epel, Ks, Keshi, Fida Musafir Minda, Lissa dan insan-insan yang pernah ku temui, dan sahabat-sahabat yang tidak mempunyai blog aku ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan andai selama kita berkenalan melalui komuniti dan bersembang melalui cbox, ada keterlanjuran kataku yang sengaja atau tidak di sengajakan. Halalkan apa yang termakan dan terminum. Aku bersyukur kerana mengenali kalian, dan aku bersyukur kerana kalian sudi menjadikan aku sebagai kawan. Semoga ikatan ukhuwah kan berpanjangan hingga ke hujung nyawa. Tak lupa untuk Cikgu Wan yang sudi berbalas-balas sms denganku.

Nampaknya sudah lama aku tidak membeli kad raya, jangan kata beli kad raya kad secara onlinepun aku tidak hantar kepada teman-teman. Mohon maaf zahir dan batin..........

p/s jemput datang ke rumahku..pintu rumah sentiasa terbuka untuk semua yang sudi......

4 comments:

Selamat HAri Raya Kak Awwa..
Samala kita dah lama benor tak beli kad raya

Salam kak Awwa...

Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir % batin, terima kasih utk kad yg cantik tu yea..

selamat hari raya jugak untuk deza yg sudi bertandang ke teratak kak awwa ini..kalau tak silap deza bakal menjadi ibu kan?semoga murah rezeki deza amennn...bertambah bahagia menanti kehadiran org baru......

salam akak...selamat hari raya jemput datang ke rumah raya ni...