Agar-agar merah di rumah Epel
belajar jahit manik
Assalamualaikum salam ramadhan dan selamat berpuasa. Sedar tak sedar hari ini sudahpun dua belas hari umat islam berpuasa. Biasalah dalam bulan puasa ini agak sibuk, makanya blog ini di tinggal sepi begitu saja.
Mungkin ada di kalangan rakan-rakan bloggers yang sudahpun buat persiapan untuk menyambut aidilfitri yang bakal tiba. Aku seperti biasa ala kadar saja.
Sabtu lepas pergi jalan-jalan ke Medan Mara, sebenarnya bukannya nak pergi sangat tetapi adalah urusan peribadi.Ramainya manusia, entah mengapa hati ini tidak tertarik langsung dengan kain baju yang di jual. Barangkali mungkin agak keletihan melihat baju yang di bungkus dengan kain selimut seperti orang Kemboja yang hendak jual kain dari rumah ke rumah. Terpaksa buat begitu sebabnya rumah di cat baru dan segala barang dalam almari di keluarkan. Kesian juga kat abang-abang Indonesia nak tolak almari yang berat untuk mengecat dan membaiki bilik yang rosak. Terpaksalah tuan rumah berkorban sedikit.
Alhamdulillah sudah siap di cat dan di perbaiki mana yang rosak sahaja, manakala yang tak rosak cuma di cat sahaja. Alahai rumah orang, ikut suka dialah nak buat apapun. Itupun kira alhamdulillah, kalau tidak sepanjang kami tinggal di sini cuma dua bilik sahaja yang kami guna. Nak buat macam mana bocor sana sini. Tetapi sekarang alhamdulillah dah tak bocor lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak majikan suamiku yang perihatin kepada masalah kami.
Ahad minggu lepas pergi berbuka di rumah Epel, suaminya datang ambil, tak sempat nak ambil gambar rumah Epel. Tetapi memang comel rumah Epel tu. Rasa berkenanlah jugak. Insya-Allah moga suatu hari nanti dapatlah jugak rumah sendiri, kecil tak apa, asalkan rumah sendiri. Banyaknya menu yang Epel masak untuk berbuka. Terima kasih banyak-banyak kerana datang memjemput kami.
Puasa tahun ni memanglah amat memilukan, bila makan teringat anak di asrama. Tetapi bila kenangkan yang dia nak belajar tahan sajalah sebak di hati ini.
Oklah nanti lain kali cerita lagi sebab banyak lagi nak cerita dan nak muatkan gambar di blog ni. Tu pun kalau sempatlah,...biasalah puasa-puasa ni banyak kerjanya. Kalau awal puasa aku meyuruh suami beli segala lauk pauk, tetapi minggu ni aku masak sendiri. Bukannya tak sedap beli kat bazar ramadan...tetapi entahlah masak sendiri lagi menepati citarasa kita.
2 comments:
Makanan di bazaar ramadan agak mahal. Masak sendiri itu paling bagus kerana dapat tambat hati suami. Heh heh heh!
salam putera bumi..yer betui tu putera hehehe...salam kenal ya........
Post a Comment