andai ini takdirnya utkku

Tuesday, September 16, 2008

Rezeki Ramadhan

15.September 2008 bersamaan dengan 15 ramadhan.

Selepas solat subuh aku on TV9 dan TV3. Di TV9 aku menonton soal jawab agama manakala TV3 aku menonton MHI. Selalunya jarang sangat aku hendak menonton MHI di waktu pagi, almaklum sajalah pagi-pagi aku lebih suka ke halaman melihat pokok-pokok hijau, sambil aku mencabut rumput-rumput yang tumbuh subur di dalam pasu bunga.

Tetapi semenjak ada orang datang memotong rumput tiap-tiap bulan aktiviti itu jarang aku lakukan. Apa lagi di bulan puasa aku banyak menghabiskan masa di dalam rumah sambil belajar menjahit manik, sambil-sambil tu aku menonton TV3. Entah mengapa RTM1 dan RTM2 tak mendapat tempat di hatiku.

Semalam aku cuba calling-calling MHI untuk mendapat tiket free. Kebetulan suamiku bercuti kerana dia agak tidak sihat. Dekat sepuluh kali aku calling-calling jugak talian sibuk, tak dapat-dapat. Tetapi tanpa di duga talianku dapat di tembusi.

Hello siapa di sana? Suara lemak merdu Fetri Yahya di corong telefon.
Tergamam ada, dapat juga akhirnya. Dia tanya nak balik kemana, nak berapa tiket. Aku katalah nak balik Kelantan nak tiga tiket. Dia kata tunggu dulu jauh dari TV. Akupun mendengarlah coleteh mereka yang agak kesibukan, almaklumlah aku panggil yang kedua. Tunggu dalam seminit dua alamak talin terputus aku tertekan apa entah le, melepaslah aku untuk pulang ke Kelantan.Terkilanpun ada, tetapi aku tetap sujud syukur kerana aku dapat menembusi talian tersebut, tetapi aku redha kalau itu bukan rezekiku. Kata suamiku esok cuba lagi.

16 ramadhan

Pagi ni bila dengar lagu balik kampung nyanyian Sudirman Haji Arshad akupun dail no 1800 88 66 36. Calling-calling tak dapat, setiap kali aku calling aku menyebut bismillah dan berdoa mudahan kali ini dapat. Dengan izin Allah aku dapat lagi menembusi talian tersebut. Setelah berceloteh dan menjawab soalan yang amat mudah aku mendapat tiga tiket,tetapi lain pula destinasiku kerana tiket untuk balik ke Kelantan habis, dan aku pulang ke Alur Star. Alhamdulillah akhirnya rayaku tahun ini penuh bermakna bersama keluarga suamiku. Lagipun kasihankan Hafiz dia selau tanya nak balik mana raya ni.

Ini juga merupakan hadiah untuk suamiku yang banyak berkorban untukku. Sudah lama aku tak pulang beraya dengan ibu mertuaku. Selama aku tinggal di PJ ni belum pernah lagi aku sampai ke Sri Pentas, padahal taklah jauh sangat. Tetapi nak pergi untuk apa kalau bukan ada urusan. Siapa tak nak tiket pergi dan balik. Terima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi tiket dengan percuma.

Memandangkan suamiku masih bercuti, berulang alik ke UH lagi. Entahlah bimbang kalau penyakit lama datang kembali. Batuk tak henti, tetapi boleh reda bila makan ubat. Kalau nak ikutkan rumahku pun masih belum berkemas astau memanggil orang mengemop dan membersih jendela lagi. Nak panggilpn kenalah kemas dulu. Nampaknya tak tau bilalah dalam keadaan begini. Kalau Hafiz ada sedikit sebanyak dia boleh tolong.

Kegembiraan pulang beraya tidak di rasa sangat bila ingat suami yang sakit-sakit sejak akhir-akhir ni. Kalau sakit biasa tidak mengapa tetapi ini merupakan penyakit kronik. Suamiku bercadang hendak membeli kerusi roda baru untukku, bagi mengantikan kerusi roda lama yang berkarat tu. Tetapi aku menghalang kerana aku rasa lebih baik dia membeli ubat-ubatnya. Kacip mas dan sebagainya lagi. Itu lebih penting dari kerusi roda.

Persiapan hari raya ala kadar saja,nampaknya beli untuk Hafiz saja manakala aku seperti biasa pakai yang tahun lepas. Insya Allah kalau tak ada halangan ingin menempah baju kain yang Epel kasi. Mekasih bebanyak Epel ek, budi baik kalian hanya Allah saja yang membalasnya.

Sekarang sudahpun jam dua pagi lebih. Sms dari Hafiz..malam ini Hafiz tidur di Stadium Shah Alam kerana pihak sekolahnya mengadakan qiamulai sempena nuzul Quran. Aku tidak mau lena, banyak benar yang bermain di fikiranku ini. Hajat hati hendak buat lah sikit kuih raya, tetapi kesian suami kena beli itu dan ini, makanya aku lupakan saja hasrat itu. Beli aje kerepek ke apa ke dua tiga jenis itu sudah memadai.

Malam ini berbuka hanya makan sedikit mee segera, entahlah hendak menjamah nasi tak berapa berselera. Selalunya kalau masak jadi habuan lima ekor kucing. Kasihan mereka tiada siapa yang hendak memberinya makanan. Ya Allah berkatilah mereka-mereka yang berbuat kebaikan kepada kami, eratkanlah ukhuwah kami hingga ke akhir hayat.

0 comments: