Petang semalam Hafiz call. "Ibu Hafiz nak ke rumah Mubin, emaknya jemput". Memandangkan suami Kak Awwa pun tidak menjemputnya minggu ini jadi Kak Awwa rasa biarlah dia ke rumah Mubin lagipun Kak Awwa tahu serba sedikit bagaimana keluarga itu dari apa yang di ceritakan oleh Hafiz, biarpun mereka tidak ada masa lagi untuk bertandang ke rumah Kak Awwa. Insya-Allah semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan berjumpa jua dengan keluarga ini. Kalau nak diikutkan Kak Awwa tak mahu sangat Hafiz ke rumah orang. Tetapi bila di fikir-fikirkan diapun nak juga berdikari. Lagipun di sana suraupun dekat.
Kak Awwa saja-saja call ummi Mubin, Kak Nurul untuk mengucapkan terima kasih kerana menumpangkan Hafiz pulang. Hari ahad sebelum zohor Hafiz dan anaknya akan kembali semula ke asrama. Di sekolahnya masih belum bercuti biarpun di sekolah biasa sudah mula bercuti. Kalau cutipun tak lama seperti sekolah biasa. Mubinpun anak tunggal seperti Hafiz juga.
Semalam bila Kak Awwa sembang-sembang dengan suami, dia kata sekolah dah mula bercuti, Kak Awwa memang tak perasanpun. Nasib baik juga suami Kak Awwa beli tiket bas awal untuk pulang beraya di kampung kalau tidak tak baliklah Kak Awwa. Bukannya balik nak makan daging korban tetapi nak beraya dengan ayah dan mek. Rasa rindu sangat. Cepatnya masa berlalu dah nak masuk tahun baru dah kita ni,2008 hanya tinggal sebulan lebih lagi dah. Bila Kak Awwa renung-renung kembali apalah yang Kak Awwa lakukan sepanjang tahun 2008 ni?? Kalau nak dikutkan sebagai suri rumah tangga tu banyak...tetapi kalau bab kerjaya tu Kak Awwa tak ada.
Hujan turun tak kira pagi atau petang, rasanya di kampung pasti ada yang membuat persiapan untuk menghadapi banjir. Kak Awwa bersyukur sangat kerana di rumah Kak Awwa tidak ada banjir, tidaklah susah emak dan ayah Kak Awwa untuk berpindah. Kesian diorang, masih terkenang lagi ketika banjir besar suatu ketika dahulu. Masa tu Kak Awwa darjah enam, Kak Awwa main air di celah lantai rumah yang mula masuk. Bagi Kak Awwa itu satu keseronokan sedangkan emak dan ayah bersusah payah menyimpan barang-barang untuk di letakkan di tempat selamat. Segala tilam bantal sudah tergantung. Almari di letak di atas katil. Air tiba-tiba mula naik. Kalau nak ikutkan Kak Awwa tak nak berpindah kerana Kak Awwa dari kecil hingga ke hari ini memang tidak suka bermalam di tempat lain selain dari rumah sendiri. Tetapi kami di arahkan berpindah oleh pihak berkuasa di sekolah. Tetapi Kak Awwa tak nak juga, Kak Awwa tak mahu duduk beramai-ramai di sekolah. Kawan Kak Awwa yang bernama Nita menyuruh ke rumah dia, di situlah Kak Awwa bermalam selama dua malam. Ayah nak bawa Kak Awwa ke sekolah Kak Awwa tak mahu. Bila di fikir-fikirkan betapa degilnya Kak Awwa ketika itu. Kak Awwa lebih senang di rumah kawan.Kak Awwa tinggal di rumah kawanpun emak dah bekalkan beras dan lauk pauk dan segala jenis ubi... badak, itik dan ubi kayu untuk di makan bersama keluarga kawan.Bukannya menumpang semata-mata.Ayah suka menanam segala jenis ubi.
Bila air dah surut memang tak sabar nak pulang ke rumah, tak kiralah kena bergotong royong cuci rumahpun asalkan dapat tinggal di rumah sendiri. Kini semuanya itu hanya tinggal kenangan, setelah projek Kemasin di Semerak banjir dah takde lagi di kampung itu, kalau adapun tidak seteruk dulu sehingga terpaksa di arah berpindah. Bila hujan-hujan itulah yang membuatkan Kak Awwa rindukan kenangan lalu. Mungkin orang yang pernah mengalaminya akan merasai pahit manisnya bila menghadapi banjir, selain dari harta benda yang hilang nyawapun boleh melayang. Yang tak dapat di lupakan, bila air naik mendadak dan segala perabot di rumah mek rosak, tetapi tidak mengapa kerana orangnya selamat..........
Kepada adik-adik yang sedang bercuti selamat bercuti, dan kepada yang bakal mengerjakan ibadah haji selamat berangkat ke Mekah. Semoga satu masa nanti jika di izinkan Allah kami juga akan menjadi tetamu Allah.........
2 comments:
Salam Kak Awwa.... Lama tak singgah.. bukan bz tapi terkena angin malas
salam deza.....bakpo malasnya up datelah...hihihih kak awwapun lagu tuh jugok kalu malas senyap ajelah blog ni...
Post a Comment